awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited laksana transformasi, bentang RUU Antilompat parti

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2021
07:11 MYT
Kerajaan komited laksana transformasi, bentang RUU Antilompat parti
Kerajaan memaklumkan antara usaha Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan itu termasuklah komitmen kerajaan untuk membentangkan RUU Antilompat Parti di Parlimen. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Memetik jawapan pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, kerajaan memaklumkan usaha transformasi itu termasuklah komitmen kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti di Parlimen.
Menurut kerajaan, transformasi itu memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia.
"Pelaksanaan transformasi ini juga selaras dengan titah nasihat Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.
"Justeru, menjadi hasrat Kerajaan untuk memastikan prinsip kebersamaan akan terus diamalkan agar dapat melindungi hak rakyat negara ini yang telah memberi kepercayaan tinggi kepada Ahli-ahli Parlimen," memetik jawapan bertulis itu.
Soalan itu diajukan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana tindakan serta perancangan yang telah dirangka kerajaan dalam melaksanakan RUU Antilompat Parti bagi mengelakkan berlakunya ketidakstabilan politik dalam negara.
Malah, menerusi jawapan bertulis itu, kerajaan juga memberi komitmen untuk memastikan sistem demokrasi berparlimen sentiasa disanjung tinggi agar kepentingan rakyat dan negara sebagai satu ‘Keluarga Malaysia’ dapat diutamakan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#transformasi Parlimen
#RUU anti lompat parti
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan