awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Melaka tumbang: Kembalikan kepada Pakatan Harapan, realisasi mandat rakyat - Shamsul

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/10/2021
12:38 MYT
Kerajaan Melaka tumbang: Kembalikan kepada Pakatan Harapan, realisasi mandat rakyat - Shamsul
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat, ini merupakan peluang kepada kepimpinan PH Melaka menjalin kerjasama yang baik untuk melaksanakan apa juga reformasi yang dirancang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) wajar mendapat semula pentadbiran negeri Melaka melalui apa cara sekali pun seiring mandat diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat, ini merupakan peluang kepada kepimpinan PH Melaka menjalin kerjasama yang baik untuk melaksanakan apa juga reformasi yang dirancang.
"Apabila mereka (empat ADUN) menarik diri daripada menyokong kerajaan, tentunya ia memberi cerminan kepada dasar kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.
"Saya mahu tegaskan bahawa selepas PRU lalu, yang mendapat mandat rakyat itu adalah PH Melaka.
"Oleh sebab itu kita mesti, dengan apa cara sekali pun kembalikan semula mandat rakyat tersebut," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Politik Melaka | PH wajar kembalikan semula mandat rakyat
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan empat ADUN Melaka yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Keempat-empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Ditanya berkenaan fungsi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan PH yang bertujuan menstabilkan situasi politik negara, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, MoU tersebut tidak terpakai di peringkat negeri.
"Saya percaya, adalah tidak wajar dan tidak sesuai untuk kita katakan bahawa apabila kita mewujudkan MoU di peringkat Persekutuan, maka ia terpakai di seluruh negeri.
"Saya percaya, ia tidak digunakan di negeri-negeri lain kerana ia bertujuan untuk meredakan apa yang dipanggil sebagai ketegangan politik di peringkat persekutuan," katanya.
Jelasnya, dalam situasi ketika ini, PH dilihat mengambil langkah proaktif mengemukakan penyelesaian kemelut tersebut dengan membentuk kerajaan negeri baharu di Melaka.
"Apa pilihan yang kita ada? Pilihan yang kita ada adalah untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan.
"Apa manfaatnya? Tentunya dengan penubuhan kerajaan ini, secara jelas kita berjaya mengembalikan semula mandat yang diberikan rakyat dalam PRU lepas.
"Apakah ada perkara-perkara atau tindakan yang masih tertangguh dan belum sempat kita laksanakan? Sudah pasti ada, kerana kita hanya jadi kerajaan kurang lebih 22 bulan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Shamsul Iskandar Md Akin
#Pakatan Harapan
#kemelut politik Melaka
#krisis politik Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan