awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik

Bernama
Bernama
02/08/2017
23:00 MYT
Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik
Navaratnam menggesa lebih banyak dana diperuntukkan untuk Suruhanjaya Pilihanraya bagi menjalankan tugasnya mendaftar lebih ramai pengundi dan mengurangkan jumlah pengundi tidak berdaftar seramai 3.7 juta. - Gambar fail
Kerajaan perlu memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tanpa perlu mereka melalui kerumitan bagi mendaftar sebagai pengundi.
Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa adalah menjadi kerumitan untuk mendaftar mengundi kerana tidak banyak pejabat pendaftaran yang ada untuk memudahkan pendaftaran pengundi .
"Para pegawai pendaftaran tidak mesra kepada orang ramai seperti sepatutnya. Perkhidmatan mesra pelanggan dan berkualiti masih kekurangan," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin menggesa lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian kerana masa depan negara terletak di tangan mereka.
Navaratnam juga menggesa lebih banyak dana diperuntukkan untuk Suruhanjaya Pilihanraya bagi menjalankan tugasnya mendaftar lebih ramai pengundi dan mengurangkan jumlah pengundi tidak berdaftar seramai 3.7 juta.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya mengundi diwajibkan kerana mengundi adalah tanggungjawab setiap warga Malaysia.
"Cadangan-cadangan untuk perubahan pilihan raya pasti akan meningkatkan standard proses pilihan raya dan kecekapannya. Perubahan-perubahan inui juga akan meningkatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 ke peratusan yang lebih tinggi daripada pilihan raya umum yang lepas," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#automatik
#pendaftaran pengundi
#Ramon Navaratnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan