awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kerajaan Perpaduan masih utuh, dakwaan hilang majoriti sebab cemburu' - Asyraf Wajdi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/05/2023
05:21 MYT
'Kerajaan Perpaduan masih utuh, dakwaan hilang majoriti sebab cemburu' - Asyraf Wajdi
Datuk Asyraf Wajdi berkata, khabar angin kerajaan sudah hilang majoriti disifatkan sebagai perbuatan orang cemburu kerana tidak dapat membentuk Kerajaan Persekutuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Di sebalik desas-desus dakwaan wujud cubaan ‘menggulingkan’ kerajaan, Sekretariat Kerajaan Perpaduan menegaskan bahawa sokongan kepada pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal utuh ketika ini.
Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi berkata, khabar angin kerajaan sudah hilang majoriti disifatkan sebagai perbuatan ‘orang cemburu’ kerana tidak dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.
“Alhamdulillah 148 Ahli Parlimen yang menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) Kerajaan Perpaduan masih lagi kekal utuh.
“Paling penting medan untuk berbincang perundingan itu sentiasa berjalan, bukan setiap bulan tetapi setiap minggu.
“Biasalah, orang yang tidak senang dengan kekuatan dan keutuhan yang ada ini adalah orang yang cemburu... mereka tak dapat bentuk kerajaan,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian dalam sidang dan taklimat media berkenaan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung UMNO itu berkata, beliau akan memastikan komunikasi dalam kalangan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan sentiasa berjalan.
Beliau menambah, tiada mana-mana pihak yang mendominasi Kerajaan Perpaduan sebaliknya, ia memberi ruang kepada semua.
“Kita sudah ada banyak siri mesyuarat termasuk sebelum sidang media ini, maksudnya bukan ‘one man show’, atau satu parti mendominasi parti yang lain, tetapi semua parti saling memberi ruang komunikasi,” ujar beliau.
Sebelum ini tersebar khabar angin terdapat gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang merupakan kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (Warisan).
Ia termasuk dakwaan daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman, yang memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#cubaan guling kerajaan
#Anwar Ibrahim
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan