awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2023
00:45 MYT
Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kesemua 19 parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk UMNO dan Barisan Nasional perlu mempertahankan gabungan berkenaan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kata Datuk Seri Ahmad Maslan. - Gambar fail BERNAMA
PONTIAN: Kesemua 19 parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mempertahankan gabungan berkenaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kegagalan Piagam Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas sebelum ini seharusnya dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
“MN dimeterai 14 September 2019, sementara Konvensyen Perpaduan pula diadakan 14 Mei lalu yang dihadiri ahli dan pemimpin pelbagai parti seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang menunjukkan kepelbagaian bangsa.
“Keadaan ini berbeza dengan MN, di mana hanya dihadiri oleh masyarakat Melayu dan Islam di atas pentas Penyatuan Ummah namun tidak berjaya mencapai matlamat yang diharapkan,” katanya.
Timbalan Menteri Kewangan I itu berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri gabungan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian di sini pada Selasa malam.
Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan enam bulan lalu.
Konvensyen melibatkan hampir 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan diadakan secara serentak dengan Konvensyen Wanita, Pemuda dan Puteri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Muafakat Nasional
#Barisan Nasional
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan