KUALA LUMPUR: "Lebih baik kita tunggu pengumuman (daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda),".

Demikian respon ringkas Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Loretto Padua Jr ketika ditanya mengenai kerjasama antara Muda dan Warisan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Loretto juga menyatakan pengumuman akan dibuat dalam waktu terdekat jika ada kerjasama itu.

Ditanya sama ada wujud jalinan kerjasama antara Muda dan Warisan, Loretto enggan mengulas lanjut.

"Maaf, saya tidak boleh komen sebab lebih baik kita tunggu pengumuman yang akan dibuat dalam waktu terdekat,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: Muda bakal bekerjasama dengan Warisan, tetap tolak PN - Sumber

Terdahulu, menurut sumber dalaman Muda, parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Warisan pada PRU15 nanti.

Bagaimanapun, Muda telah meletakkan syarat bahawa kerjasama itu akan terbatal sekiranya Warisan membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN).