POLITIK
Kerjasama negeri, Persekutuan penting bagi pembangunan kemudahan lebih baik - PM
Anwar melawat pesakit di Pusat Hemodialisis selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau hari ini. - Gambar/ Bernama
TAWAU: Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan pembangunan kemudahan awam yang lebih baik termasuk pembinaan hospital untuk rakyat di Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan wakil rakyat yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat dan memahami masalah yang dihadapi masyarakat merupakan faktor penting dalam memastikan kelangsungan pembangunan.
"Kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sangat penting, sebab itu Kerajaan MADANI dalam tiga tahun ini, kita kata apa yang tertangguh selesaikan dahulu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau di sini hari ini yang turut dihadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.
Anwar berkata kerangka pembangunan negara MADANI mengutamakan pendidikan dan kesihatan sebagai sektor terpenting, berbeza dengan banyak negara lain yang lebih menumpukan aspek pertahanan serta projek mega.
"Banyak negara lain menumpukan kepada aspek pertahanan ataupun aspek-aspek lain, projek-projek mega, bangunan tinggi atau jambatan panjang yang membanggakan tetapi dalam Kerajaan MADANI, kita tumpu dua aspek terpenting iaitu pendidikan dan kesihatan.
"Bila hospital ini siap, saya tanya pengarah hospital, apa kapasiti menampung pesakit?... katanya sudah penuh, jadi saya arahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan untuk lihat perkara ini, tambah lagi kemudahan," katanya.
Anwar turut menyentuh mengenai isu doktor kontrak yang menurut beliau diwarisi daripada kerajaan terdahulu tetapi Kerajaan MADANI sudah hampir menyelesaikan masalah berkenaan yang membabitkan 10,000 doktor.
"... saya bersyukur kerana dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kita selesaikan hampir keseluruhan masalah doktor kontrak yang riuh rendah dulunya, begitu juga soal elaun," katanya.
Perdana Menteri turut mengulangi komitmen kerajaan dalam menangani isu beban tugas dan kebajikan penjawat awam termasuk menaikkan gaji setelah 12 tahun tiada kenaikan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan penting bagi pembangunan kemudahan awam yang lebih baik, termasuk pembinaan hospital di Sabah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Kerajaan MADANI menekankan pendidikan dan kesihatan sebagai sektor utama, berbeza dengan negara lain yang lebih menumpukan aspek pertahanan dan projek mega.
- Anwar menegaskan penyelesaian masalah doktor kontrak yang melibatkan 10,000 doktor serta komitmen kerajaan meningkatkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun tanpa kenaikan.