BUKAN mahu menidakkan keupayaan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain, mahupun dua lagi calon di P098 Gombak, iaitu Zulkifli Ahmad (Bebas), dan Datuk Aziz Jamaluddin Mhd Tahir (Pejuang).

Tetapi hampir pasti perlumbaan sebenarnya untuk kawasan yang mempunyai sekitar 206,000 pengundi ini adalah antara dua figura - iaitu penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali, dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Dengan peningkatan pengundi berdaftar yang agak signifikan, iaitu dari 141,112 kepada 206,744, berkemungkinan besar jumlah undi majoriti seperti diperolehi Azmin pada 2018 iaitu 48,721 undi tidak akan berulang atas beberapa faktor.




Astro AWANI turun ke kawasan kerusi panas ini selama beberapa hari untuk melihat apakah faktor yang bakal mempengaruhi sokongan pengundi di Gombak.

PRU15 | Perkembangan semasa di Gombak (Setakat jam 9.30 pagi)



SEJAK 2008, GOMBAK ITU KUBU HARAPAN

Seperti kebanyakan kawasan Parlimen di Semenanjung, Gombak juga satu ketika pernah menjadi kawasan yang didominasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sejak ia diwartakan sebagai kawasan Parlimen pada 1994, kerusi Gombak disandang oleh Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail selama dua penggal (PRU9 dan PRU10), dan kemudiannya kawasan itu dimenangi Datuk Dr Rahman Ismail pada PRU11.

Namun bermula PRU12 (2008), Azmin yang ketika itu bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat, berjaya meruntuhkan kubu itu, apabila menewaskan calon BN ketika itu, Datuk Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867.

Ketika PRU13, majoriti Azmin menyusut kepada 4,734 undi dalam persaingan tiga penjuru, menewaskan bekas penyandang Dr Rahman dan seorang lagi calon Bebas, Said Nazar Abu Baker, sebelum majoriti itu meningkat dengan mendadak kepada 48,721 undi pada 2018.

Secara amnya, Gombak dibahagikan kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Tua, yang disandang Amirudin (PH-PKR), Gombak Setia yang disandang Setiausaha Politik Azmin sendiri iaitu Hilman Idham (PN-Bersatu), dan Hulu Klang yang disandang Saari Sungib (PH-Amanah).


STATISTIK DAN DEMOGRAFI GOMBAK

Parlimen Gombak mempunyai 79.6 peratus masyarakat Melayu dan Bumiputera, 10.1 peratus masyarakat Cina, 8.4 peratus masyarakat India, dan 1.9 peratus lagi lain-lain.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Ogos 2022 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 206,744 pengundi berdaftar kali ini, dimana sekitar 102,000 daripada mereka adalah lelaki, dan 104,000 adalah wanita.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Ogos 2022 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 206,744 pengundi berdaftar kali ini, di mana sekitar 102 ribu daripada mereka adalah lelaki, dan 104 ribu adalah perempuan.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 31.7 peratus berbanding daftar pemilih yang digunakan pada PRU14 pada 2018, iaitu pertambahan melebihi 65,000 pengundi hasil pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik.

Mengikut pecahan, pengundi berusia 18-20 tahun sahaja seramai 13,739 orang, 21-29 tahun (45,022 orang), dan 30-39 tahun (47,556 orang).

Untuk pengundi yang lebih berusia iaitu 40-49 tahun terdapat 36,183 orang, manakala 50-59 tahun pula seramai 28,710 orang.

Melihat kepada kategori warga emas, jumlahnya juga agak tinggi iaitu, 60-69 tahun seramai 22,828 orang, 70-79 tahun (10,188 orang), 80-89 tahun (2,189 orang), dan yang berusia 90 tahun ke atas seramai 329 orang.
LIHAT SENARAI CALON-CALON PRU15 DI SINI


INFOGRAFIK PRU15 SEMUANYA ADA DI SINI



Berdasarkan daftar pemilih sehingga Ogos 2022 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 206,744 pengundi berdaftar kali ini, di mana sekitar 102 ribu daripada mereka adalah lelaki, dan 104 ribu adalah perempuan.

Berdasarkan MyCensus 2020, pendapatan isi rumah penduduk Gombak sedikit melebihi garisan median antara Parlimen, manakala kadar kemiskinan jauh di bawah garisan penengah antara Parlimen.

Akses kepada hospital bagi setiap 1,000 penduduk dilihat memadai berdasarkan MyCensus tersebut, begitu juga dengan akses kepada bekalan elektrik, namun akses kepada air paip di rumah melebihi garisan penengah median antara Parlimen.

Namun agak merisaukan apabila melihat sekolah bagi setiap 1,000 kanak-kanak; klinik kesihatan, balai polis dan bomba bagi setiap 1,000 penduduk, berada di bawah garis penengah tersebut.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Ogos 2022 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 206,744 pengundi berdaftar kali ini, di mana sekitar 102 ribu daripada mereka adalah lelaki, dan 104 ribu adalah perempuan.


Berdasarkan daftar pemilih sehingga Ogos 2022 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 206,744 pengundi berdaftar kali ini, di mana sekitar 102 ribu daripada mereka adalah lelaki, dan 104 ribu adalah perempuan.


GOMBAK KEKAL MILIK AZMIN?


Bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak pada 2008, pernah bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin pada satu ketika dilihat seorang pemimpin masa hadapan, lengkap dengan kelayakan dan pengalaman yang mencukupi.

Selain memegang jawatan nombor dua dalam Parti Keadilan Rakyat (2010 – 2020), Azmin juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 (2014 – 2018), Menteri Hal Ehwal Ekonomi (2018 – 2020), dan seterusnya Menteri Kanan (Ekonomi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

PRU15 | Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera

Namun, kini Azmin dilihat sebagai antara musuh utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beliau membawa sebilangan besar Ahli-ahli Parlimen keluar parti melalui ‘Langkah Sheraton’, dan seterusnya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2020.

Tindakan itu mengakibatkan Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir jatuh selepas memerintah hanya 22 bulan.

Rata-rata pemerhati yang ditemui berpendapat Azmin mempunyai peluang 45 ke 50 peratus untuk mempertahankan kerusi Gombak, malah mempunyai jentera Perikatan Nasional termasuk Pas yang agak kukuh serta berpengalaman dalam pengurusan kempen pilihan raya.

Selain itu, Azmin juga mempunyai sedikit kelebihan apabila Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mempunyai prestasi yang agak baik sebagai wakil rakyat bagi DUN Gombak Setia, kawasan yang dikatakan the real battle ground untuk Parlimen tersebut.


MAMPUKAH AMIRUDIN LENYAPKAN PERSEPSI, DIA ITU 'KARTEL' AZMIN?

Amirudin dilihat antara protégé Azmin satu ketika, sebelum hubungan antara kedua-duanya sedikit regang selepas Azmin bertindak keluar parti, dan secara tidak langsung antara penyumbang kepada kejatuhan Kerajaan PH.

Antara ketua pentadbiran negeri yang termuda, Amirudin dikira agak pantas dalam tangga karier politiknya apabila menjadi Exco Negeri antara 2014 hingga 2018, dan terus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pada Jun 2018, selepas PH berjaya mempertahankan DUN dalam PRU14.

PRU15 | Amirudin bentang tawaran khusus untuk rakyat Gombak Khamis ini

Amirudin yang kini merupakan Naib Presiden parti tersebut, dilihat mempunyai pengaruh yang agak besar dalam parti, terutamanya apabila Pemilihan PKR pada 2014 menyaksikan kumpulan AMK di bawah beliau mendominasi sebahagian besar keputusan pemilihan, namun tewas kepada Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pemerhati melihat ia bukan masalah yang besar untuk Amirudin mendapat sokongan majoriti daripada kawasan Sungai Tua dan Gombak Setia, biarpun cabaran itu tetap timbul.

Namun, kelebihannya ialah Amirudin itu merupakan Ketua Kerajaan Negeri. Pelbagai polisi atau dasar, khususnya untuk menambat hampir 30 peratus pengundi muda dan baharu, boleh dilaksanakan dengan segera.

The real battle ground bukanlah Gombak Setia, tapi di ketiga-tiga DUN. Untuk menang Gombak, saya perlu sokongan yang hebat dari ketiga-tiga DUN ini, biarpun ada yang kata Sungai Tua itu kawasan saya, Hulu Klang itu kawasan Azmin dan sebagainya,” katanya, kepada Astro AWANI, baru-baru ini.


BOLEHKAH MEGAT ZULKARNAIN CIPTA KEJUTAN?

Ia nyata bukan satu tugas yang mudah untuk Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengembalikan Parlimen itu sebagai kubu BN.

Dari segi gerak kerja jentera kelihatan tersusun,ditambah dengan sokongan persatuan-persatuan silat di kawasan itu, namun bukan mudah untuk memutihkan kawasan yang dilihat ‘hitam’ sekian lama untuk BN.

Malah, jika dicongak sokongan berdasarkan perolehan di peti-peti undi yang memihak kepada BN pada PRU lepas, ia langsung tidak mencukupi untuk membolehkan ‘keajaiban berlaku’.

Calon BN janji 30 peratus kuota kemasukan ke UIAM untuk anak-anak Gombak

Namun, menarik sekali dilihat bagaimana Megat Zulkarnain, dalam setiap ceramah kelompok, mahupun ketika bersama media, seringkali menekankan agar kempen dilakukan secara berhemah, dan seboleh-bolehnya elakkan sehingga mengguris hati pihak lawan, khususnya Pas dari Perikatan Nasional (PN).

Lebih menarik, situasi seperti itu bukan sahaja dilihat dalam kempen Megat Zulkarnain, malah beberapa laporan dari lapangan, baik di beberapa kawasan di Perak, mahupun Johor menunjukkan seolah-olah ada persefahaman untuk UMNO dan BN tidak terlalu agresif dengan Pas.

Dan ini menimbulkan kemungkinan, ada episod seterusnya untuk Muafakat Nasional 2.0, andai kata keputusan selepas PRU tidak memungkinkan mana-mana gabungan parti untuk membentuk kerajaan sendiri.


APA SENTIMEN ANAK MUDA?

Seperti sebahagian besar kawasan Parlimen di negara ini, cabaran adalah sama rata untuk gabungan parti utama, baik Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Gerakan Tanah Air, malah Gabungan Parti Sarawak sekali pun.

Cabarannya untuk Gombak ini, bagaimana untuk calon-calon mendapat sebanyak mungkin daripada 30 peratus pengundi yang berusia antara 18 hingga 30 tahun, memandangkan sebilangan besar anak muda ini tidak begitu terikat dengan sentimen kepartian.

Jika ditanya mana-mana pengerusi PDM atau Sub-PDM, atau Bilik Gerakan Utama parti sekali pun, mereka takkan mampu memberi 100 peratus keyakinan bahawa anak muda di kawasan itu akan memihak kepada mereka.

“Apa yang penting, kesemua calon itu harus menggunakan kelebihan dan daya tarik masing-masing untuk menarik sokongan anak muda pada saat yang tepat,” kata seorang penganalisis politik, ketika ditemui, baru-baru ini.