awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin

Bernama
Bernama
07/06/2023
12:20 MYT
Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi, kata Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun. - Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bersama Barisan Nasional (BN) diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ada dua kerusi yang masih belum diputuskan, namun keputusan muktamad mengenainya kini terserah kepada Majlis Presiden PH, dan kini sudah tiada lagi perbincangan di peringkat negeri, semuanya dibawa ke peringkat Majlis Presiden.
"...kalau tanya saya, saya mahu pembahagian (kerusi ditandingi) mengikut status quo, tetapi keputusan akhir adalah daripada Majlis Presiden PH. Kita perlu berjiwa besar, kalau keputusan daripada Majlis Presiden begitu, kita perlu terima segalanya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN.
Selain Negeri Sembilan negeri lain yang akan terlibat dengan PRN nanti ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu Aminuddin berkata Datuk Mohd Zafir Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan baharu berkuat kuasa semalam.
Beliau yang berumur 53 tahun merupakan lulusan Ijazah Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan), Sarjana Teknologi Maklumat dari Universti Kebangsaan Malaysia, dan mengikuti Oxford Advance Management and Leadership Programme di Universiti Oxford.
Mohd Zafir berpengalaman luas, hampir 29 tahun dalam perkhidmatan awam dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi, pengurusan kewangan serta hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#agihan kerusi
#BN PH
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan