POLITIK
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
Ramasamy menegaskan bahawa isu di Perlis tidak sepatutnya menjejaskan kesatuan parti pembangkang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Parti-parti politik pembangkang harus bersatu di bawah satu gabungan yang rasmi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, kata Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), P Ramasamy.
Menurut Ramasamy, gabungan rasmi ini bertujuan mengukuhkan pembangkang dan menzahirkan sokongan rakyat terhadap mereka ketika berdepan kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita (pembangkang) mesti mewujudkan satu (gabungan) pembangkang (yang) formal, lebih kuat untuk menampilkan mandat politik kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI untuk mengulas mengenai keputusan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional hari ini.
Ditanya mengenai polemik Bersatu-Pas, Ramasamy enggan mengulas dan sebaliknya berharap kedua-dua pihak memperbaiki hubungan.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan bahawa isu di Perlis tidak sepatutnya menjejaskan kesatuan parti pembangkang.
“Biar Pas dan Bersatu ini memperbaiki hubungan mereka…Tidaklah (kerana) Perlis negeri paling kecil menentukan masa depan hala tuju pembangkang di Malaysia,” katanya lagi.
Keputusan Muhyiddin meletakkan jawatan timbul di tengah polemik politik Perlis.
Untuk rekod, pada 14 Oktober, URIMAI bersama 11 parti lain membentuk gabungan longgar, Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), yang turut dipengerusikan Muhyiddin.
Pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dari Bersatu, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, menggantikan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli, yang meletak jawatan pada 25 Disember atas faktor kesihatan.
Sebelum itu, media melaporkan dakwaan bahawa beberapa ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas di Perlis telah mengemukakan Akuan Berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk menggantikan Shukri selaku Menteri Besar.
Susulan pelantikan Abu Bakar, beberapa pemimpin Pas mengeluarkan teguran terbuka terhadap Bersatu sebagai rakan PN.
Pada 27 Disember Muhyiddin menegaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada ADUN Bersatu untuk menandatangani mana-mana SD sebaliknya menyembah maklum nama calon Menteri Besar Perlis dari Bersatu setelah dititah oleh Istana Perlis.
Selain Muhyiddin beberapa pemimpin tertinggi Bersatu turut meletakkan jawatan dalam PN seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Setiausaha Agung) dan Datuk Sahruddin Jamal (Pengerusi Johor).
Namun Pemuda PN menegaskan semua keputusan yang dibuat atas nama PN mesti dirujuk, dibincangkan dan diputuskan secara konsensus oleh semua parti komponen melalui Majlis Tertinggi PN.