Kesepaduan Malaysia dalam mendepani kecelaruan politik harus dipuji

Nickyson Nyambar
Februari 25, 2020 07:41 MYT
Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin (kiri) menjelaskan kesepaduan itu satu kelebihan buat Malaysia mengimbangi segala keputusan melibatkan masa depan negara.
Kesepaduan dan kematangan rakyat Malaysia dalam berdepan dengan sebarang fenomena politik, sama ada baik mahupun buruk, harus dipuji.
Menurut Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, perkara ini adalah merupakan satu kelebihan buat Malaysia.
“Malaysia mempunyai kematangan politik yang sangat tinggi kerana berjaya melaksanakan pilihan raya 2018 tanpa keganasan, sedangkan di 19 negara lain termasuk Indonesia, berdepan (kes) keganasan.
"Jadi inilah kemampuan luar biasa rakyat Malaysia," jelasnya.
VIDEO: Ini kekuatan rakyat Malaysia ketika perubahan pakatan kerajaan
Tambahnya, meskipun di sebalik ketidaktentuan politik yang melanda negara ketika ini, keadaan masih terkawal.
“Walaupun kita tidak ada perpaduan yang kita inginkan, tetapi kita ada kesepaduan dan ini penting bagi mengimbangi sebarang persetujuan (keputusan berkenaan negara),” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh berkenaan pilihan orang ramai ketika ini untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr Mahathir.
VIDEO: Apa cita-cita Tun Dr Mahathir untuk Malaysia?
Beliau berkata demikian dalam program Buletin AWANI Khas pada Selasa bersama dua panel lain, Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan, UTM, Dr Muhammad Fathi Yusof dan Penganalisis Politik UPM, Dr Anuar Shah Bali Mahomed.
VIDEO: Tun Dr. Mahathir kekal pilihan majoriti sebagai Perdana Menteri Malaysia
VIDEO: "Isu perkauman dapat diimbangkan dengan kekuatan ekonomi" - Dr Anuar
VIDEO: Malaysia2020: Percanggahan dalaman sebuah kerajaan merugikan rakyat
VIDEO: Segala keputusan politik dilakukan dengan pantas
#Astro Awani #Buletin AWANI #Dr Anuar Shah Bali Mahomed #Dr Muhammad Fathi Yusof #Malaysia 2020 #Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin