KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) mengetepikan masalah dalaman parti agar boleh menjadi kerajaan dominan di negara ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yakin sekiranya masalah dalaman khususnya isu-isu remeh yang tercetus antara parti komponen dan parti mesra BN dapat diketepikan, BN diyakini mampu memperoleh kemenangan besar pada PRU15 kelak.
"Kita ketepikan masalah inter-party (antara pihak dalam BN), kita ketepikan perbezaan politik dan kita bawa rakan-rakan lain (parti mesra BN) agar menang PRU15," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia inginkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dari segi ekonomi dan berdasarkan rekod prestasi selama lebih tujuh dekad mentadbir negara ini, hanya BN dilihat mampu merealisasikan hasrat berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid memberi jaminan kepada MIC bahawa kerusi tradisi parti itu tidak akan ditandingi oleh mana-mana parti mesra BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga meminta MIC supaya tidak bimbang dengan kehadiran parti mesra BN yang baharu pada PRU15, malah beliau akan memastikan parti itu membantu MIC untuk menang bersama.
Dalam pada itu, Presiden UMNO itu turut mengingatkan semua parti komponen BN supaya tidak sombong, angkuh dan riak dengan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.
"Kita lihat pada PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Besar, kita menang majoriti besar tetapi PRU14 kita kalah di kawasan itu. Kemenangan yang berlaku tidak semestinya menjadi templat atau acuan," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, jika kemenangan PRN Melaka dijadikan panduan, ia boleh disifatkan bahawa rakyat Malaysia 'amat merindukan' BN untuk kembali menerajui semula kerajaan pada PRU15.
Turut hadir pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu ialah Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) bersama Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan) ketika menghadiri Perhimpunan Agung MIC Ke-75 di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).