awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Bahagian MCA Ledang, Goh Tee Tee umum keluar parti

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2022
08:23 MYT
Ketua Bahagian MCA Ledang, Goh Tee Tee umum keluar parti
Tee Tee pada sidang media di Taman Molek, di Johor Bahru hari ini. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Selepas Ketua Bahagian MCA Pontian, Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan keluar parti pada Khamis, giliran Ketua Bahagian MCA Ledang, Datuk Goh Tee Tee pula mengambil tindakan serupa.
Tindakan diambil selepas tempoh rayuan 14 hari penggantungan lima tahun yang dikenakan terhadapnya tamat pada Khamis.
"Setakat ini memang saya setia lagi pada MCA, saya keluar parti kerana Presiden MCA. Kalau bertukar presiden lain, presiden mahu saya masuk semula saya masuk semula parti.
"Belum lagi bersedia ke parti lain, kerana saya baru umum keluar parti hari ini.
"Berat hati mengumumkan tidak buat sebarang rayuan. Tidak merayu tidak bermakna saya melakukan kesalahan. Tak guna merayu sebab parti dengar cakap presiden sahaja. Tiada siapa boleh cabar kepimpinan semasa sistem pilihan parti.
"Saya secara rasmi mengumumkan saya keluar dari parti MCA bagi menunjukkan bahawa saya tidak ada niat lain. Saya tidak yakin pada kepimpinan parti dan presiden. Berat hati menanggalkan baju yang sudah berpuluh tahun bersama saya, tetapi tetap hargai kenangan bersamanya," katanya.
BACA: Ketua Bahagian MCA Pontian umum keluar parti
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Taman Molek, di sini hari ini.
Tee Tee yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak berkata tindakannya keluar parti bagaimanapun tidak sama sekali menamatkan karier politiknya.
Tee Tee yang sudah 32 tahun bersama MCA bagaimanapun berkata dia sedia membantu calon MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diperlukan.
Fokus utamanya kini membuat aktiviti kemanusiaan dengan membantu masyarakat setempat yang memerlukan.
Tee Tee digantung oleh Jawatankuasa Tatatertib MCA sebelum ini bagi siasatan kerana disyaki menggunakan pengaruh untuk mengurangkan undi calon MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.
Topic Berkaitan
#keluar MCA
#Goh Tee Tee
#Tee Siew Kiong
#PRU15
#pilihan raya umum
#Ketua Bahagian MCA Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan