KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu dijangka akan dilantik tidak lama lagi bagi menggantikan Datuk Seri Asri Hamidin.

Memetik laporan New Straits Times, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengumumkan secara khusus bahawa Asri akan diganti, beliau membuat kenyataan merujuk kepada perkara itu

Beliau dilapor berkata, peranan penasihat Kementerian Kewangan baharu akan ditentukan selepas rundingan dengan pegawai kanan kementerian dan Ketua Setiausaha kementerian baharu.

Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar secara rasmi selepas memulakan tugas di Kementerian Kewangan pada Selasa.

Asri tidak hadir hadir dalam pertemuan itu dan difahamkan beliau dalam tempoh bercuti.

Mengenai penasihat, Perdana Menteri berkata beliau akan membincangkan peranan mereka dengan bekas Presiden Petronas dan Ketua Eksekutif Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Saya perlu berbincang dengan Hassan syarat rujukan, parameter dan keutamaan penasihat,” katanya.

Ketika mengumumkan Kabinetnya minggu lalu, Anwar memaklumkan pasukan penasihat untuk membantunya sebagai menteri kewangan akan dibentuk yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.