Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat perlu direformasikan.

Beliau menyifatkan cara berpolitik Pakatan Rakyat masih berada di takuk lama dan memerlukan nafas baharu.

“Inilah masa terbaik untuk sertai Pakatan dan mereformasikan Pakatan Rakyat,” kata Khalid ketika ditemu bual Astro AWANI di pejabatnya di Shah Alam.


Hari ini, 22 September, merupakan hari terakhir TanSri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Di pejabatnya di Bangunan SUK, Shah Alam telah diadakan satu majlis perpisahan buat beliau.