awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khir Toyo sertai Bersatu, anggap UMNO sekadar ‘supplement’ kepada PH

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/08/2025
07:45 MYT
Khir Toyo sertai Bersatu, anggap UMNO sekadar ‘supplement’ kepada PH
Mohamad Khir (foto) berkata, beliau menyertai Bersatu kerana lebih yakin dengan kejujuran pemimpin parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dalam membela nasib bangsa. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menganggap UMNO tidak akan menjadi lebih daripada sekadar ‘supplement’ kepada Pakatan Harapan.

Ringkasan AI
  • Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, secara rasmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana yakin dengan kejujuran pemimpin parti tersebut dalam membela nasib bangsa.
  • Beliau menganggap UMNO kini hanya menjadi parti supplement kepada Pakatan Harapan dan tidak lagi dominan, serta menjangkakan UMNO akan bertanding dengan jumlah kerusi lebih sedikit daripada PKR dalam PRU akan datang.
  • Mohamad Khir menegaskan beliau tidak bercita-cita besar, tetapi ingin terus berjuang dalam parti yang mampu melahirkan pemimpin Melayu yang adil kepada semua, seperti yang pernah dilakukan UMNO dahulu.

Mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Mohamad Khir berkata, beliau lebih yakin dengan kejujuran pemimpin parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dalam membela nasib bangsa.
Bekas ADUN Sungai Panjang itu berkata, beliau yakin UMNO tidak akan menjadi dominan, dan menjangkakan parti itu tidak akan bertanding dengan jumlah kerusi yang melebihi PKR.
“Lagi pun sekarang memang telah nyata Bersatu telah menggantikan UMNO, jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Bersatu jauh lebih besar daripada UMNO.
“UMNO pula telah menjadi parti supplement kepada PH. Dalam PRU akan datang saya tak jangka UMNO akan bertanding dengan jumlah kerusi yang lebih dari jumlah kerusi PKR.
“Bagaimana UMNO ingin menjadi dominan jika bertanding dengan kerusi yang sedikit? UMNO akan terus jadi parti supplement jika terus menyorok di bawah ketiak PH,” tegasnya lagi.
Mohamad Khir berkata, beliau tidak bercita-cita untuk menjadi pemimpin besar lagi, tetapi beliau tidak mahu berjuang dalam parti yang hanya sekadar parti supplement kepada parti lain.
“Saya sangat hargai peluang yang UMNO berikan pada saya dan secara peribadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri) yang telah memilih saya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
“Kepada pimpinan Bersatu, saya orang kecil, tidak ada cita-cita besar.
"Izinkan saya menghabiskan sisa-sisa kudrat yang ada untuk memastikan pimpinan negara dikuasai oleh pemimpin Melayu yang mampu memberi keadilan pada semua seperti yang pernah UMNO lahirkan dulu,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Khir Toyo
#Bersatu
#UMNO
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan