Kini Bersatu, bukan lagi PPBM - Tun M

Hafiz Marzukhi
Julai 20, 2018 13:27 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Majlis Tertinggi di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini akan dikenali sebagai Bersatu dan bukan lagi PPBM.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkataan 'Bersatu' bukan sahaja akan digunakan pada logo parti tetapi bagi slogan parti.
"Sebelum ini ada bantahan daripada pihak berkuasa.
Namun, kini, parti ini merupakan sebahagian daripada pihak berkuasa, jadi tiada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor petang tadi.
Selain itu, beliau turut berkongsi bahawa pimpinan parti sedang berbincang mengenai kaedah untuk melakukan pemilihan pimpinan di peringkat bahagian dan pusat.
Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa pimpinan parti telah memutuskan untuk ambil tindakan tatatertib terhadap ahli yang telah mensabotaj parti ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
"Ada yang digantung dan ada yang akan dibuang. Namun, tidak perlulah saya beritahu siapa orangnya," katanya.
#Bersatu #logo parti #Mahathir Mohamad #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #PPBM #slogan