[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
POLITICS

Kit Siang tidak pernah hubungi UMNO untuk kerjasama - PM Najib

Bernama 27/01/2017 | 22:37 MYT
PM NAJIB: "Saya tidak tahu. Beliau (Kit Siang) tidak menghubungi kami. Itu hanya kenyataan dia sahaja." - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak pernah menghubungi UMNO bagi tujuan menjalinkan kerjasama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya tidak tahu. Beliau (Kit Siang) tidak menghubungi kami. Itu hanya kenyataan dia sahaja," kata Presiden UMNO itu semasa menjawab soalan pemberita mengenai kesediaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan UMNO.
Najib bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini pada Jumaat.
Tiga hari lalu media tempatan melaporkan bahawa Kit Siang bersedia untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan dan Najib kononnya bagi tujuan kerjasama menyelamatkan Malaysia.
Pada masa yang sama Kit Siang juga dilaporkan menyatakan kesediaan berjumpa pemimpin MCA dan Gerakan dalam tempoh 72 jam sambil bertanya adakah kedua-dua pemimpin parti tersebut perlu mendapat kebenaran UMNO terlebih dahulu sebelum dapat bertindak. -- Bernama
#DAP #Lim Kit Siang #mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO #Najib Razak #UMNO