POLITIK
'Kolaborasi agung' langkah tepat, perlu panggil pemimpin bersama Tun M juga - Syed Ali
Syed Ali berpandangan kepimpinan UMNO di bawah Ahmad Zahid melihat penyatuan ini sebagai satu kebaikan yang mampu menyatukan orang Melayu di bawah sebuah parti besar dan kukuh. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Inisiatif 'kolaborasi agung' membabitkan penyatuan parti-parti politik Melayu dan Islam disifatkan sebagai satu langkah tepat dan wajar disokong demi memperkukuhkan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Ringkasan AI
Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan usaha yang digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menunjukkan kesungguhan kepimpinan UMNO dalam merapatkan kembali perpecahan yang sekian lama berlaku dalam kalangan parti-parti Melayu.
"Pada hari ini, terlalu banyak parti Melayu yang kecil dan berpecah. Apabila UMNO mengambil inisiatif ke arah penyatuan di bawah satu payung besar, saya melihat ini sebagai satu perkara yang baik dan perlu disokong," katanya dalam satu rakaman video temu bual.
Beliau mengulas cadangan Ahmad Zahid supaya satu 'kolaborasi agung' dibentuk membabitkan semua parti Melayu dan Islam bagi menyahut seruan penyatuan, sekali gus membolehkan tiga perkara asas iaitu agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu dapat terus dipertahan.
Syed Ali menambah, UMNO seharusnya mengambil pendekatan inklusif dengan memanggil semua pihak, termasuk pemimpin-pemimpin yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk duduk berbincang secara muafakat bagi mencari jalan terbaik menyatukan orang Melayu.
Beliau berpandangan, kepimpinan UMNO di bawah Ahmad Zahid melihat penyatuan ini sebagai satu kebaikan yang mampu menyatukan orang Melayu di bawah sebuah parti besar dan kukuh.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar UMNO tidak memilih bulu, sebaliknya melibatkan semua parti dan pemimpin Melayu tanpa pengecualian di bawah satu naungan demi kepentingan bangsa dan agama.
Mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyatakan keterbukaan untuk berbincang mengenai 'kolaborasi agung' itu, Syed Ali menyifatkan pendirian tersebut sebagai satu perkembangan positif dan tanda penerimaan terhadap cadangan penyatuan tersebut.
"UMNO hari ini tak boleh ambil pendekatan bahawa orang ini boleh masuk, dan orang ini tak boleh masuk.
"Kita kena panggil semua orang balik, dan duduk elok-elok berbincang. Mereka ini pemimpin-pemimpin besar satu ketika dulu. Jadi, (ada dalam kalangan) mereka rasa tak puas hati kerana digantung, dipecat dan sebagainya," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan keperluan UMNO bersikap lebih terbuka dalam menerima semula ahli dan pemimpin lama tanpa syarat yang membebankan, termasuk tempoh menunggu yang lama sebelum dibenarkan aktif dalam parti.
Beliau menegaskan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang telah berjuang sejak puluhan tahun dan menjadi sandaran orang Melayu sejak generasi terdahulu, justeru penyatuan menyeluruh amat penting bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti.
Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan berkata Bersatu mengambil sikap terbuka dalam meneliti cadangan pembentukan 'kolaborasi agung' membabitkan parti politik Melayu dan Islam.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan sebarang perbincangan rentas parti membabitkan sebarang bentuk kerjasama antara Bersatu dan UMNO hendaklah diadakan mengikut saluran rasmi parti dengan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Ringkasan AI
- Inisiatif 'kolaborasi agung' untuk menyatukan parti politik Melayu dan Islam disokong demi memperkukuh kedudukan orang Melayu.
- Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras menyokong usaha penyatuan ini sebagai langkah baik dan perlu disokong.
- Keterbukaan Bersatu untuk berbincang mengenai 'kolaborasi agung' dilihat sebagai perkembangan positif dan tanda penerimaan terhadap cadangan penyatuan.