awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompromi politik dilakukan untuk jaga keutuhan, kesatuan bangsa majmuk - PM Anwar

Bernama
Bernama
07/02/2026
23:00 MYT
Kompromi politik dilakukan untuk jaga keutuhan, kesatuan bangsa majmuk - PM Anwar
Syed Mohamad Hasrin (kanan) dan Yusril pada Majlis Peluncuran 8 Buku Rekam Jejak 70 Tahun Prof Dr Yusril Ihza Mahendra di Jakarta, 7 Feb 2026. - Facebook Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kompromi politik seringkali dilakukan untuk menjaga keutuhan dan kesatuan bangsa yang majmuk.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim menekankan perlunya kompromi politik dalam mengekalkan keutuhan bangsa majmuk.
  • Realiti politik tidak boleh bergantung kepada teori atau idealisme, tetapi perlu penyelesaian yang nyata.
  • Yusril Ihza Mahendra, Menteri Koordinator Indonesia, dipuji sebagai tokoh yang memahami hakikat realiti politik dengan mendalam.

Beliau menegaskan bahawa realiti politik menuntut penyelesaian yang nyata, tidak bergantung kepada teori atau idealisme yang bersifat abstrak.
Beliau berkata realiti politik tidak bersifat steril kerana ia sering melibatkan pertembungan pemikiran dan kepentingan.
Anwar berkata Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Prof Dr Yusril Ihza Mahendra merupakan antara tokoh yang memahami hakikat itu secara mendalam.
"Sebagai pakar di bidang undang-undang, Yusril memahami bagaimana perlembagaan membentuk struktur negara yang menekankan kedaulatan rakyat, demokrasi serta prinsip semak dan imbang antara institusi negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran lapan buku Rekam Jejak 70 tahun Prof Dr Yusril Ihza Mahendra, Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, di sini pada Sabtu.
Teks ucapan Anwar dibacakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.
Menurut Anwar, sebagai sarjana politik dan pemikir, Yusril turut memahami bagaimana dinamika politik bergerak seiring perubahan sosial dan geopolitik.
"Dalam konteks itulah Yusril menempatkan Islam sebagai norma dan nilai-nilai universal yang dapat menjiwai kehidupan berbangsa dan bernegara," katanya.
Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari ulang tahun ke-70 kepada Yusril.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kompromi politik
#Yusril Ihza Mahendra
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan