POLITIK
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Anwar menghadiri Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sini, pada Sabtu.
GOMBAK: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hanya mereka yang sanggup bekerja keras untuk membina dan memperkukuh parti wajar kekal bersama, manakala yang enggan bekerja diminta berundur.
Ringkasan AI
Beliau berkata mandat yang diberikan kepada parti adalah satu amanah besar untuk bekerja demi rakyat dan negara.
Tegas beliau lagi, ahli yang sekadar berleter atau merungut tanpa henti tidak akan membantu perjuangan parti.
“Siapa tak nak kerja, keluar. Mandat ini satu amanah untuk bekerja. Sanggup bekerja, membangunkan, memperkuatkan parti. Berleter, merungut tak habis-habis, boleh keluar,” katanya.
Beliau berkata demikian di Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa cabaran negara ketika ini amat serius, khususnya membabitkan isu penyelewengan dan rasuah yang telah berlarutan sejak merdeka.
Tegas beliau lagi, tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan wang negara adalah bukti keberanian kerajaan dalam memastikan negara berada di landasan yang betul.
“Sejak 1957 negara merdeka, bila pernah kerajaan berani bertindak terhadap mereka yang menyakau berbilion wang negara? Sebelum ini, hari-hari (wang) kita dirampas. Tetapi kini kita yakin negara ini berada di landasan yang betul,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong usaha membersihkan negara daripada segala bentuk rompakan dan penyelewengan.
“Sepatutnya kita bangkit. Menyokong semua usaha membersihkan negara ini. Bila lagi? Sudah ramai ditangkap, menteri, mantan menteri, panglima, pengurus besar. Apa saya peduli? Yang saya peduli, membantu rakyat lakukan yang sebaiknya. Bela nasib rakyat. Selamatkan negara ini,” tegas beliau.
Beliau turut menutup ucapan dengan menyeru seluruh anggota parti agar terus fokus dalam kerja membela rakyat dan memperkukuh organisasi.
“Parti Keadilan Rakyat mesti ingat. Mesti ingat. Fokus dalam kerja ini,” akhirinya.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan hanya ahli PKR yang sanggup bekerja keras wajar kekal bersama, sambil menyeru yang malas berundur demi memperkukuh parti.
- Beliau menekankan keperluan mengatasi isu penyelewengan dan rasuah yang berlarutan sejak merdeka, dan menyatakan keberanian kerajaan dalam mengambil tindakan tegas.
- Anwar menyeru semua pihak, termasuk NGO, untuk menyokong usaha membersihkan negara daripada rompakan, sambil menyeru ahli parti untuk fokus dalam membela rakyat dan memperkukuh organisasi.