Konvensyen Wanita Amanah: Aiman Athirah kekal Ketua AWAN, Anfaal timbalan

Bernama
Disember 22, 2023 13:47 MYT
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional Datuk Aiman Athira Sabu bergambar bersama Jawatankuasa sayap itu selepas pemilihan jawatankuasa AWAN pada Konvensyen Awan Nasional (AWAN) 2023 di Wyndham Acmar hari ini. - Foto BERNAMA
KLANG: Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu mengekalkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional bagi penggal 2023-2026 pada pemilihan jawatankuasa sayap parti itu hari ini.
Sementara, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Anfaal Saari dipilih sebagai Timbalan Ketua AWAN Nasional bagi tempoh sama.
Pemilihan oleh 498 perwakilan itu turut menyaksikan ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim, Dr Salmee Said dan Dr Kamaliah Noordin dipilih sebagai Naib Presiden AWAN Nasional.
Selain itu, jawatan Speaker disandang Zarina Dzulkupli yang menang tanpa bertanding, Rosmayana Abu Rahim sebagai Timbalannya manakala Norlia Salleh serta Suriati Sukardi sebagai Juruaudit.
Aiman Athirah dalam ucapan penangguhan Konvensyen AWAN Nasional 2023 merakamkan ucapan terima kasih kepada perwakilan seluruh negara yang memberi kepercayaan kepada 26 rakan pimpinan termasuk kepada beliau untuk meneruskan khidmat kepada parti khususnya dan negara amnya.
Beliau turut berpesan kepada tujuh Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional baharu untuk segera mengadaptasikan diri kerana tugas dan tanggungjawab di peringkat nasional adalah berat.
"Selain itu, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan semua bahawa pemilihan kita ini bukan hanya untuk mengisi tempat kosong.
"Jadi bila contohnya kita memanggil mesyuarat pada bila-bila masa, sebagai kepimpinan kita perlu siap siaga. Itu adalah ingatan," katanya.
Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional penggal 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen AWAN Nasional 2023:
  • Datuk Aiman Athirah Sabu (Ketua AWAN Nasional)
  • Anfaal Saari (Timbalan Ketua)
  • Dr Hafidzah Mustakim (Naib Ketua I)
  • Dr Salmee Said (Naib Ketua II)
  • Dr Kamaliah Noordin (Naib Ketua III)
  • Nurul Iman Dzulkefly
  • Zaitun Latiff
  • Nor Hayati Bachok
  • Dr Rohani Abd Muttalib
  • Sabrina Md Yusoff
  • Norhayati Bidin
  • Mariam Abdul Rashid
  • Dr Noorhaza Ma'an
  • Rozidah Abdul
  • Che Mazlina Che Yob
  • Norani Samsudin
  • Anis Afida Mohd Azli
  • Husna Mohd Amran
  • N. Pushpa
  • Julie Rosieta Mohamed
  • Sumayyah Mohamed Radzi
  • Che Noor Arifah Abu Bakar
  • Aida Yusof
  • Hamirah Ali
  • Hamisah Abdul Mubin
  • Minah Ahmad
  • Nurul Suhadah Shuib
  • -- BERNAMA
    #Konvensyen Wanita Amanah #Aiman Athirah Sabu #Ketua AWAN #Anfaal Saari