POLITIK
Krisis Bersatu: Saifuddin mahu dua ahli Lembaga Disiplin undur diri, dakwa ada konflik kepentingan
Saifuddin tiba di Ibu Pejabat Bersatu untuk sesi bersama Lembaga Disiplin, di mana beliau mendesak dua ahli lembaga berundur atas konflik kepentingan dan menuntut ketelusan siasatan dalaman parti. - Foto: Hilmi Malik
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Khamis mendesak dua ahli Lembaga Disiplin (LD) parti itu mengundur diri atas alasan wujud konflik kepentingan yang nyata dan serius.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, dua individu tersebut ialah Pengerusi Lembaga Displin Bersatu, Datuk Mohammed Radzi Manan, dan peguam Sasha Lyna Abdul Latif.
Desakan itu antara tiga tuntutan yang diutarakan oleh Saifuddin, susulan sesi perjumpaan beliau dengan Lembaga Disiplin di Ibu Pejabat Bersatu awal hari ini.
“Ini kerana beliau (Mohammed Radzi) bapa mentua kepada Naib Presiden Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan ayah kepada Naib Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi. Kedua-dua Ahmad Faizal dan Nolee adalah Ahli (MPT) Bersatu Malaysia bersama-sama dengan saya.
“Ahmad Faizal, melalui hantaran Facebooknya pada 30 September 2025, telah menyatakan dengan prejudis, iaitu, '...menggesa ... LD supaya mengambil tindakan segera terhadap mana-mana ahli'," ujarnya.
Hubungan kekeluargaan itu menimbulkan risiko yang sangat tinggi terhadap kebocoran maklumat dalaman, keraguan ketelusan dan ketidakwibawaan proses pengadilan kerana Mohammed Radzi boleh dipengaruhi oleh pandangan Ahmad Faizal dan Nolee.
“Di samping itu, Mohammed Radzi juga telah membuat kenyataan-kenyataan tertentu semasa sesi perjumpaan LD dengan Datuk Wan Saiful Wan Jan pada 8 Oktober 2025. Sila rujuk kenyataan media Wan Saiful yang berkaitan.
"Dalam hal ini, Mohammed Radzi telah make a mockery of LD. Justeru, beliau tidak layak menjadi Ahli LD dalam sesi perjumpaan yang melibatkan saya,” tegasnya lagi.
Saifuddin merupakan pemimpin kedua Bersatu yang dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, bagi siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin.
Dalam pada itu beliau mendakwa, Sasha Lyna Abdul Latif, yang berkhidmat di bawah Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mempunyai kecenderungan untuk dipengaruhi oleh bekas Menteri Besar Selangor itu berkaitan dengan tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Bagi tuntutan kedua, beliau mendesak agar Lembaga Displin mendedahkan identiti penyiasat, serta pihak yang membuat pendakwaan ke atasnya.
“Adalah amat penting untuk saya mendapatkan kepastian bahawa penyiasat kes saya, pihak yang membuat pendakwaan ke atas saya dan Ahli LD yang akan memutuskan nasib saya adalah tiga pihak yang berbeza. Ini bagi memastikan saya mendapat keadilan yang sewajarnya.
“Ini kerana adalah amat tidak adil sekiranya ketiga-tiga pihak, iaitu pihak yang menyiasat saya, pihak yang membuat pendakwaan ke atas saya dan juga pihak yang membuat keputusan ke atas nasib saya adalah terdiri daripada pihak-pihak yang sama,” tegasnya lagi.
Bagi tuntutan ketiga, Saifuddin mendesak agar Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi penjelasan di depan Lembaga Disiplin berhubung perkara yang telah dibangkitkan.
“LD hanya boleh membuat keputusan terhadap pertuduhan ke atas saya selepas memanggil dan meneliti keterangan oleh Tan Sri Muhyiddin berkaitan persoalan-persoalan dan isu-isu tertentu yang akan saya timbulkan dalam sesi perjumpaan.
“Sekiranya jawapan-jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Presiden terhadap persoalan-persoalan dan isu-isu tersebut adalah affirmative, maka tindakan saya mencadangkan beliau untuk melepaskan jawatan Presiden Bersatu Malaysia bukanlah menjadi sesuatu perkara yang boleh dianggap menyerang Presiden ataupun menjejaskan imej parti,” tegasnya lagi.
Saifuddin berkata, sekiranya ketiga-tiga perkara itu dipenuhi, beliau bersedia untuk menghadiri sesi perjumpaan seterusnya dan memberi jaminan untuk memberi kerjasama sepenuhnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendesak dua ahli Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Mohammed Radzi Manan dan peguam Sasha Lyna Abdul Latif, mengundur diri atas konflik kepentingan yang nyata.
- Saifuddin menuntut agar Lembaga Disiplin mendedahkan identiti penyiasat dan pihak yang membuat pendakwaan ke atasnya bagi memastikan keadilan.
- Beliau mendesak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi penjelasan di hadapan Lembaga Displin berhubung isu yang timbul, dengan cadangan untuk melepaskan jawatan jika jawapan positif diberikan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, dua individu tersebut ialah Pengerusi Lembaga Displin Bersatu, Datuk Mohammed Radzi Manan, dan peguam Sasha Lyna Abdul Latif.
Desakan itu antara tiga tuntutan yang diutarakan oleh Saifuddin, susulan sesi perjumpaan beliau dengan Lembaga Disiplin di Ibu Pejabat Bersatu awal hari ini.
“Ini kerana beliau (Mohammed Radzi) bapa mentua kepada Naib Presiden Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan ayah kepada Naib Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi. Kedua-dua Ahmad Faizal dan Nolee adalah Ahli (MPT) Bersatu Malaysia bersama-sama dengan saya.
“Ahmad Faizal, melalui hantaran Facebooknya pada 30 September 2025, telah menyatakan dengan prejudis, iaitu, '...menggesa ... LD supaya mengambil tindakan segera terhadap mana-mana ahli'," ujarnya.
Hubungan kekeluargaan itu menimbulkan risiko yang sangat tinggi terhadap kebocoran maklumat dalaman, keraguan ketelusan dan ketidakwibawaan proses pengadilan kerana Mohammed Radzi boleh dipengaruhi oleh pandangan Ahmad Faizal dan Nolee.
“Di samping itu, Mohammed Radzi juga telah membuat kenyataan-kenyataan tertentu semasa sesi perjumpaan LD dengan Datuk Wan Saiful Wan Jan pada 8 Oktober 2025. Sila rujuk kenyataan media Wan Saiful yang berkaitan.
"Dalam hal ini, Mohammed Radzi telah make a mockery of LD. Justeru, beliau tidak layak menjadi Ahli LD dalam sesi perjumpaan yang melibatkan saya,” tegasnya lagi.
Saifuddin merupakan pemimpin kedua Bersatu yang dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, bagi siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin.
Dalam pada itu beliau mendakwa, Sasha Lyna Abdul Latif, yang berkhidmat di bawah Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mempunyai kecenderungan untuk dipengaruhi oleh bekas Menteri Besar Selangor itu berkaitan dengan tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Bagi tuntutan kedua, beliau mendesak agar Lembaga Displin mendedahkan identiti penyiasat, serta pihak yang membuat pendakwaan ke atasnya.
“Adalah amat penting untuk saya mendapatkan kepastian bahawa penyiasat kes saya, pihak yang membuat pendakwaan ke atas saya dan Ahli LD yang akan memutuskan nasib saya adalah tiga pihak yang berbeza. Ini bagi memastikan saya mendapat keadilan yang sewajarnya.
“Ini kerana adalah amat tidak adil sekiranya ketiga-tiga pihak, iaitu pihak yang menyiasat saya, pihak yang membuat pendakwaan ke atas saya dan juga pihak yang membuat keputusan ke atas nasib saya adalah terdiri daripada pihak-pihak yang sama,” tegasnya lagi.
Bagi tuntutan ketiga, Saifuddin mendesak agar Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi penjelasan di depan Lembaga Disiplin berhubung perkara yang telah dibangkitkan.
“LD hanya boleh membuat keputusan terhadap pertuduhan ke atas saya selepas memanggil dan meneliti keterangan oleh Tan Sri Muhyiddin berkaitan persoalan-persoalan dan isu-isu tertentu yang akan saya timbulkan dalam sesi perjumpaan.
“Sekiranya jawapan-jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Presiden terhadap persoalan-persoalan dan isu-isu tersebut adalah affirmative, maka tindakan saya mencadangkan beliau untuk melepaskan jawatan Presiden Bersatu Malaysia bukanlah menjadi sesuatu perkara yang boleh dianggap menyerang Presiden ataupun menjejaskan imej parti,” tegasnya lagi.
Saifuddin berkata, sekiranya ketiga-tiga perkara itu dipenuhi, beliau bersedia untuk menghadiri sesi perjumpaan seterusnya dan memberi jaminan untuk memberi kerjasama sepenuhnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah dua individu yang Datuk Seri Saifuddin Abdullah desak untuk mengundur diri dari Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia?
A: Datuk Mohammed Radzi Manan, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, dan peguam Sasha Lyna Abdul Latif. - Q: Apakah konflik kepentingan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkenaan kedua-dua individu tersebut?
A: Datuk Mohammed Radzi Manan mempunyai hubungan kekeluargaan yang boleh menimbulkan risiko kebocoran maklumat dalaman, manakala Sasha Lyna Abdul Latif mempunyai kecenderungan untuk dipengaruhi oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Q: Mengapakah penting bagi Datuk Seri Saifuddin Abdullah agar Lembaga Disiplin mendedahkan identiti penyiasat dan pihak yang membuat Pendakwaan ke atasnya?
A: Bagi memastikan keadilan yang sewajarnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ingin memastikan bahawa penyiasat, pihak yang membuat Pendakwaan, dan Ahli Lembaga Disiplin yang memutuskan nasibnya adalah tiga pihak yang berbeza.