POLITIK
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Noor Amin merasakan sekiranya berlaku PRK itu, ia satu peluang baik untuk mengukuhkan kerjasama antara BN dengan PH di Perlis. - Gambar Facebook Noor Amin Ahmad
KANGAR: Krisis melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) di Perlis menunjukkan kepimpinan parti itu selama ini lebih mengutamakan politik berbanding kepentingan rakyat dan kestabilan pentadbiran negeri.
Ringkasan AI
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis Noor Amin Ahmad berkata krisis seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan PAS dan Bersatu dengan masing-masing mempunyai sembilan dan lima ADUN jelas mempunyai majoriti selesa untuk membentuk kerajaan negeri.
Beliau berkata kalau pun ada isu berkaitan pertukaran Menteri Besar, ia seharusnya diselesaikan melalui perbincangan dalaman tanpa perlu berlaku insiden keahlian PAS terhenti serta-merta sehingga menyebabkan kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.
"...tidak ada tekanan luar, tekanan daripada BN (Barisan Nasional) atau PH yang menyebabkan berlakunya goyah ini, tidak ada. Jadi maksudnya apa, selama ini (mereka cuma) fikir siapa nak naik, siapa nak turun, nak kata tak buat rombakan Exco (angkat sumpah Exco baharu pada 25 Nov 2024) dah buat.
"Bukan saya kata Menteri Besar tak boleh ditukar, Menteri Besar boleh ditukar, tetapi PN ada majoriti besar, tak menggunakan (kelebihan majoriti dan berbincang secara dalaman), maksudnya ada kekurangan dari segi kepimpinan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Noor Amin berkata apabila isu itu tidak diuruskan dengan baik di peringkat dalaman, ia akan secara tidak wajar mengheret institusi istana ke dalam pertelingkahan politik meskipun ia cuma isu remeh yang boleh diselesaikan melalui perbincangan dalaman parti.
Sementara itu, beliau berkata kenyataan Speaker DUN Perlis Rus'sele Eizan mengenai keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di tiga DUN itu demi kestabilan kerajaan membayangkan bahawa ADUN Bersatu di Perlis bukan lagi sebahagian daripada kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau merasakan sekiranya berlaku PRK itu, ia satu peluang baik untuk mengukuhkan kerjasama antara BN dengan PH di Perlis.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat ADUN PN di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Berikutan itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan media pada 24 Dis lepas memaklumkan keahlian ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Susulan itu, kelmarin, Rus'sele pada sidang media di Kompleks Seri Putra di sini memaklumkan kekosongan luar jangka itu selepas keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi tiga DUN berkenaan.
Rus'sele dilaporkan sebagai berkata meskipun usia DUN Perlis telah genap tiga tahun pada 18 Dis lepas, kerajaan negeri merasakan terdapat keperluan untuk mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan di ketiga-tiga kerusi itu bagi kepentingan kestabilan kerajaan.
Pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini kelmarin, Mohd Shukri pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu manakala seorang ADUN PH daripada PKR bagi kerusi DUN Indera Kayangan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Krisis politik di Perlis melibatkan ADUN PN menunjukkan kepimpinan parti itu lebih fokus kepada politik berbanding kepentingan rakyat dan kestabilan pentadbiran negeri.
- Pengerusi PH Perlis menyatakan krisis ini sepatutnya diatasi secara dalaman tanpa perlunya insiden keahlian terhenti, yang menyebabkan kekosongan tiga kerusi DUN.
- Speaker DUN Perlis mengesyorkan perlaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memperkukuhkan kerjasama antara BN dan PH, setelah ADUN Bersatu di Perlis dianggap bukan lagi sebahagian daripada kerajaan negeri.