awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuasa Presiden MIC tidak boleh disekat oleh sesiapa - Sothinathan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/02/2015
08:03 MYT
Kuasa Presiden MIC tidak boleh disekat oleh sesiapa - Sothinathan
Sothinathan (tengah) yang berkata sekiranya kuasa Presiden parti pun disekat, pilihan terakhir mereka adalah membawa isu itu ke muka pengadilan. - Gambar Fail
MIC bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mengguna pakai semua jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 untuk pemilihan semula parti itu, dengan syarat kuasa Presiden tidak disekat oleh RoS.
Itu adalah kenyataan Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Sothinathan yang berkata sekiranya kuasa Presiden parti pun disekat, pilihan terakhir parti itu adalah untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
"Kita tidak terima keputusan RoS, tetapi oleh kerana masalah ini telah menjadi begitu serius, jadi Presiden telah mengambil initiatif untuk menyelesaikannya sebaik mungkin.
"Jadi beliau telah bersetuju menggunakan ahli jawatankuasa 2013 yang dipilih, dengan kuasa terhad untuk menguruskan pemilihan di seluruh peringkat MIC.
"Apabila RoS berkata jawatankuasa 2009 yang boleh digunakan, walaupun tidak diterima, Presiden berkata boleh dipertimbangkan dengan syarat ia mematuhi segala perundangan perlembagaan MIC dan undang-undang kecil MIC.
"Bermakna ahli jawatankuasa 2009 akan merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, 23 ahli CWC dan yang paling penting adalah kuasa Presiden untuk melantik 9 orang ahli lain.
"Kalau ini pun ditolak, kami tiada pilihan lain tetapi membawa kes ini ke muka pengadilan.
"Kuasa Presiden dalam parti tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak," tegasnya semasa satu sidang media bersama lebih 30 Ketua Bahagian dari pelbagai negeri.
Beliau turut berkata sekiranya benar bahawa berlaku penipuan di dalam pemilihan 2013, maka ia berpunca dari jawatankuasa pemilihan 2009.
"Jadi, bagaimana kami boleh mempercayai jawatankuasa itu?" soalnya.
Sebelum ini, Presiden MIC, G. Palanivel telah menghantar Sothinathan ke pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Sothinathan dikatakan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat itu kerana kepimpinan tertinggi BN hanya ingin bertemu dengan Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Subramaniam untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti itu
Topic Berkaitan
#CWC
#Jawatankuasa Kerja Pusat
#MIC
#Palanivel
#ros
#S. Sothinathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan