Lajim Ukin hilang kelayakan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah

Astro Awani
September 21, 2017 13:20 MYT
Isu muflis dihadapi Lajim bagaimanapun selesai selepas beliau membayar hutang RM185,000 yang dikaitkan terhadapnya semalam, manakala notis kebankrapan terhadapnya dibatalkan Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Lajim Ukin, hilang kelayakan sebagai Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) selepas diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 14 September lalu.
Jawatannya kini dipangku Timbalan Presiden 1, Datuk Maijol Mahap.
Isu muflis dihadapi Lajim bagaimanapun selesai selepas beliau membayar hutang RM185,000 yang dikaitkan terhadapnya semalam, manakala notis kebankrapan terhadapnya dibatalkan Mahkamah Tinggi hari ini.
#hilang #Kota Kinabalu #Lajim Ukin #mahkamah #Mahkamah Tinggi #Maijol Mahap #presiden