awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan UMNO masih berliku - Mohd Puad

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
04:01 MYT
Laluan UMNO masih berliku - Mohd Puad
UMNO sekali lagi berdepan ujian berat apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu, kata Mohd Puad Zarkashi.
JOHOR BAHRU: UMNO sekali lagi berdepan ujian berat apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu.
"Bukan mudah untuk UMNO mencari formula baharu. Tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan.
"Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara," katanya dalam muat naik di Facebook pada Ahad.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu turut mengingatkan calon yang kalah dan berusia 45 tahun ke atas jangan bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon. Tampilkan ayam sabung tulen.
"Menteri UMNO mesti 'deliver' Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO. Parti perlu naratif baharu yang sampai kepada pengundi," katanya yang juga ADUN Rengit.
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menerusi PRN pada Sabtu.
Di Negeri Sembilan gabungan PH-BN memperoleh 31 daripada keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.
Pulau Pinang juga menyaksikan kemenangan bagi PH-BN dengan memperoleh 29 daripada 40 kerusi yang ditandingi, manakala di Selangor PH-BN menguasai kerajaan negeri dengan kemenangan di 34 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#laluan UMNO berliku
#Mohd Puad Zarkashi
#formula baharu UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan