POLITIK
‘Langkah Kinabalu’ pengkhianatan terbesar kepada rakyat Sabah – ADUN Kunak
ADUN Kunak sifatkan percubaan menjatuhkan pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor menerusi ‘Langkah Kinabalu’ sebagai pengkhianatan terbesar kepada rakyat negeri Sabah. - Gambar fail Bernama
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif, menyifatkan percubaan menjatuhkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi ‘Langkah Kinabalu’ sebagai pengkhianatan terbesar kepada rakyat negeri itu.
Beliau berkata, rakyat dan ahli Parti Warisan (Warisan) kecewa apabila perpaduan yang dizahirkan di Putrajaya melalui perjanjian persefahaman (MoU) pada 16 Disember 2022 gagal diterjemahkan di Sabah.
“Ketika itu, kami berharap semua pemimpin besar bersatu hati, mengetepikan kepentingan peribadi atau parti dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan.
"Namun malangnya, yang berlaku sebaliknya – percubaan menjatuhkan pentadbiran Hajiji menerusi ‘Langkah Kinabalu’,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.
MoU berkenaan ditandatangani Hajiji yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS); Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Harapan (PH); Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Percaturan politik awal Januari 2023 yang diketuai Mohd Shafie dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu gagal selepas tidak mendapat sokongan mencukupi, malah enam ADUN Umno menyokong Hajiji.
Hajiji terus kekal sebagai Ketua Menteri dengan sokongan ADUN GRS dan PH, manakala Bung Moktar digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri.
Norazlinah mendakwa, ‘Langkah Kinabalu’ hanya bertujuan memberi laluan kepada pemimpin tertentu dalam Warisan mendapatkan jawatan, memandangkan parti itu dijanjikan empat atau lima kerusi Kabinet Sabah sekiranya rampasan kuasa itu berjaya.
“Secara peribadi, saya bersyukur usaha itu gagal kerana tidak mencukupi korum untuk menyokong usaha menjadikan Presiden Warisan sebagai Ketua Menteri. Ramai ADUN, terutama dari BN dan PH, tidak bersetuju serta memilih mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.
Beliau yang meninggalkan Warisan pada 6 Februari 2023 menyifatkan episod itu sebagai kemuncak perjuangannya dalam parti tersebut, yang disertainya sejak ditubuhkan pada 2016.
“Hajiji melayan semua ADUN secara adil termasuk saya yang baharu menyertai GRS… tiada lagi pengalaman menunggu Ketua Menteri lebih lapan jam,” katanya sambil memuji usaha Hajiji menyelesaikan isu rakyat tanpa banyak retorik.
Norazlinah turut mempersoalkan ura-ura kerjasama antara Warisan dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sedangkan Mohd Shafie sebelum ini mengumumkan parti itu akan bertanding secara solo di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.
“Ketika mula menyertai parti itu, antara doktrin yang ditanamkan adalah menjatuhkan BN. Namun kini, mereka dikatakan sanggup bekerjasama dengan musuh untuk mengejar kuasa,” katanya.