POLITIK
Lantikan Ketua Hakim baharu tidak bererti reformasi kehakiman perlu terhenti – Bersih
Bersih mengalu-alukan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa 28 Julai ini.
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu tidak bermakna proses reformasi kehakiman perlu dihentikan.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, Bersih dalam kenyataannya mengalu-alukan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa 28 Julai ini.
“Penegasan sebegini amat penting untuk memastikan rakyat awam terus menghormati badan kehakiman sebagai institusi yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, Jumaat.
Bersih turut menggesa kerajaan mengiktiraf Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebagai badan yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.
Gabungan itu mencadangkan komposisi JAC dirombak bagi mengurangkan kuasa Perdana Menteri, dengan melibatkan wakil Majlis Peguam, Sabah Law Society, Sarawak Advocates Association, ahli akademik dan masyarakat sivil.
“Kerajaan perlu melaksanakan janji dan komitmen mereka untuk menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan menambah baik sistem sedia ada,” tegas Bersih.
Bersih turut menegaskan Perdana Menteri perlu diwajibkan memberikan alasan yang jelas dan munasabah sekiranya menolak calon hakim yang dicadangkan oleh JAC, dan penolakan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
Selain Wan Ahmad Farid, pelantikan baharu turut melibatkan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Hajah Azizah Haji Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Bersih turut memetik latar belakang Datuk Wan Ahmad Farid yang pernah aktif dalam politik UMNO sebelum ini.
Namun, pada tahun 2022, beliau menarik diri daripada mendengar kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap kebebasan kehakiman.
Ringkasan AI
- Bersih sokong pelantikan, gesa reformasi diteruskan: Bersih mengalu-alukan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara tetapi menegaskan bahawa reformasi institusi kehakiman tidak harus dihentikan.
- Cadangan rombakan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC): Bersih mencadangkan agar komposisi JAC diubah dengan mengurangkan kuasa Perdana Menteri dan melibatkan wakil Majlis Peguam, Sabah Law Society, Sarawak Advocates Association, ahli akademik dan masyarakat sivil.
- Perdana Menteri perlu beri alasan jika tolak calon hakim: Bersih menuntut agar penolakan calon hakim oleh Perdana Menteri perlu disertakan dengan alasan munasabah dan hanya boleh dilakukan sekali sahaja, demi menjamin ketelusan dan pengasingan kuasa.