KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baharu Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau menerima lantikan itu sebagai 'taklif' atau tanggungjawab dan bukan 'tashrif' atau keistimewaan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi di samping menyantuni dan mengangkat kearifan tempatan.
"Kini tiba masanya untuk PKR Sabah fokus memperjuang hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia MADANI yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.
"Saya menyeru pucuk pimpinan parti di seluruh Sabah untuk merapatkan saf perjuangan dan berpadu di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi mengangkat martabat rakyat serta negara yang tercinta," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan malam tadi mengumumkan pelantikan Mustapha manakala penyandang jawatan itu sebelum ini, Datuk Dr Sangkar Rasam, adalah antara yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti yang baharu.
Sementara itu, Mustapha berkata PKR Sabah akan terus memberi komitmen untuk memastikan kestabilan politik Negeri Di Bawah Bayu sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Beliau berkata konvensyen khas PKR Sabah dan program pemantapan jentera akan diadakan dalam masa terdekat secara berkala sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Mustapha berkata PKR Sabah akan terus memberi komitmen untuk memastikan kestabilan politik Negeri Di Bawah Bayu sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan. - Gambar fail
Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji
Pengawasan udara itu penting untuk memantau kepadatan jemaah di satu-satu lokasi bagi mengenal pasti sebarang ancaman kepada keselamatan jemaah.
370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta
Lebih 370 tetamu termasuk ekspatriat Malaysia dan penduduk tempatan berkumpul di kompleks Kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada Isnin untuk meraikan Hari Raya Aidiladha.
AWANI Ringkas: Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 hujung tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkembangan aliran trafik di lebuh raya utama negara
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini aliran trafik di lebuh raya-lebuh raya utama negara di Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) sempena kepulangan perantau ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidiladha tamat.
Fahmi bincang isu bertindih ‘duta online’ dengan Kor Ming
Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ng Kor Ming bagi mengelakan pertindihan berhubung isu perlantikan Duta Online.
Penurunan harga telur signifikan untuk rakyat
Persatuan-persatuan pengguna sambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai penurunan harga telur yang disifatkan sebagai signifikan kepada rakyat.
'Ada nilai sentimental di sini' - Westlife mahu kembali hiburkan peminat di Malaysia
Dua jam peminat dihiburkan tanpa henti oleh ketiga-tiga anggota kumpulan dari Ireland yang dianggotai oleh Shane Filan, Kian Egan and Nicky Byrne.
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
AWANI Borneo [17/06/2024] - Berkuatkuasa hari ini | Kawalan harga | Aidiladha
AWANI Borneo 17 Jun 2024 bersama Assim Hassan;
1) Harga runcit telur gred A, B dan C diturunkan 3 sen
2) Sarawak akan umum kaedah kawal harga haiwan ternakan
3) Ibadah Korban di Sabah dan Sarawak tanda kesyukuran
1) Harga runcit telur gred A, B dan C diturunkan 3 sen
2) Sarawak akan umum kaedah kawal harga haiwan ternakan
3) Ibadah Korban di Sabah dan Sarawak tanda kesyukuran
Pupuk sikap peduli kepada golongan kurang mampu - Hajiji
Bukan hanya mencari keredaan Allah SWT, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semangat ibadah korban dizahirkan menerusi amalan bersedekah korban.
PKR Sabah susun semula Majlis Pimpinan Negeri
Ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR negeri serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
PKR Sabah harap tanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN setiap Parlimen - Pengerusi
Datuk Dr Sangkar Rasam berkata harapan itu disuarakan dengan hasrat supaya parti itu tidak dilihat disisihkan di Sabah.
Kaji semula pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan, Menumbok - PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dan Labuan merayu Kementerian Dalam Negeri agar mengkaji semula langkah pemeriksaan imigresen yang baru dikuatkuasakan di terminal feri Labuan dan Menumbok.
Sangkar Rasam dilantik Pengerusi MPN Sabah
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Datuk Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu
PRU15: PKR Sabah alu-alu kerjasama dengan Warisan
PKR Sabah sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
PRN Sabah: Pilih calon berintegriti - Anwar Ibrahim
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.
Sabah Memilih: Christina nafi tinggalkan PKR untuk sertai Warisan
PKR Sabah akan terus beri kerjasama kepada Warisan untuk mempertahankan Sabah sewaktu PRN akan datang.
Lebih 3,000 ahli PKR Cabang Pitas keluar parti
Seramai 3,125 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah daripada Cabang Pitas hari ini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut.