Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul

Ridauddin Daud
April 6, 2024 08:29 MYT
Tengku Zafrul berkata, tiada bedah siasat atau strategi baharu menawan hati rakyat dilaksanakan UMNO Selangor di sebalik kekalahan teruk pada PRN baru-baru ini. - Foto Akaun X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Lapan bulan selepas UMNO kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, masih tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor untuk sekurang-kurangnya kembali menawan hati rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tiada bedah siasat atau strategi baharu menawan hati rakyat dilaksanakan UMNO Selangor di sebalik kekalahan teruk itu.
Tegasnya, keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau keputusan itu masih belum mampu mencelikkan parti, tiada apa lagi yang boleh menyedarkan UMNO Selangor.
Menerusi hantaran di laman X, beliau mencadangkan parti itu melaksanakan kajian sikap yang ikhlas melambangkan denyut nadi keseluruhan rakyat negeri Selangor.

Apa hala tuju UMNO Selangor? Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Kota Raja, saya tekankan keperluan untuk kita kembalikan kegemilangan UMNO di Selangor. Dalam PRU 2022, UMNO mencatatkan prestasi terburuknya dalam pic.twitter.com/VnV2kiblkv

— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) April 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau juga mencadangkan operasi organisasi dimodenkan selain mencari pelapis dengan hati yang terbuka kerana pada akhirnya, organisasi UMNO Selangor itu akan dihakimi rakyat dengan pemimpin yang ditonjolkan.
“Keempat, rangka kerjasama yang menang-menang dengan rakan-rakan kita di negeri Selangor.
“Kelima, dan yang paling penting, kita perlu terapkan budaya-budaya politik baharu – baik budaya intelektual, fokus kepada solusi dan dasar, buang 'cah keting'.
“Ini kerana, jika kita tidak ubah budaya, tidak kiralah tebal mana pelan visi kita, akhirnya kita akan kekal tanpa kuasa,” katanya.
Tambahnya, beliau masih komited dengan UMNO Bahagian Kota Raja dan UMNO Selangor kerana beliau yakin bahawa semuanya berkongsi impian yang sama – melihat UMNO Selangor kembali relevan dan dihormati rakyat Selangor.
“Jalan itu tidak mudah. Kita perlu bekerja keras. Tetapi inilah resam perjuangan dan impian yang wajib dilaksanakan,” ujarnya.
#Tengku Zafrul #UMNO Selangor #pilihan raya negeri #PRN #bedah siasat