UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG]: Saarani MB baharu Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk melantik ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai MB Perak.

Astro Awani
Datuk Saarani Mohamad hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto BERNAMA

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah Exco Negeri Perak

Thu Dec 10 2020

4 ADUN UMNO, seorang ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perak

Thu Dec 10 2020

Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang ini.

Mereka merupakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin.

BERITA PENUH DI SINI

Sifat sebenar terserlah ketika dapat jawatan dan kuasa - Sultan Nazrin

Thu Dec 10 2020

Watak sebenar seseorang akan terpamer, apabila dia memiliki harta kekayaan, titah Sultan Perak.

Lantas lenyap budaya sederhana dan merendah diri, serta menjelma sifat sombong dan bongkak.

BERITA PENUH DI SINI


Lima Exco Perak angkat sumpah petang ini

Thu Dec 10 2020

Lima ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) akan mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang ini di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad sewaktu sidang media hari ini.

Kandungan Belanjawan 2021 Perak tidak akan diubah - Saarani

Thu Dec 10 2020

Belanjawan Negeri Perak 2021 tidak akan diubah dan akan dibentang di persidangan Dewan Undangan Negeri, seperti mana dirangka pentadbiran sebelum ini.

Menteri Besar Perak yang baharu dilantik Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia hanya akan diluluskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai formaliti, sebelum dibentangkan.

BERITA PENUH DI SINI

Sidang media Menteri Besar Perak

Thu Dec 10 2020

Jangan rakyat dianiaya kerana dipengaruhi emosi dendam dan pemikiran politik jumud - Sultan Perak

Thu Dec 10 2020

Bersyukur, kerjakan amar makruf, nahi munkar - Sultan Nazrin

Thu Dec 10 2020

Sifat sebenar terserlah ketika dapat jawatan dan kuasa - Sultan Perak

Thu Dec 10 2020

Pelantikan menteri besar sebanyak tiga kali dalam satu penggal sejak PRU ke-14 bukan sejarah yang patut dibanggakan - Sultan Perak

Thu Dec 10 2020
Pelantikan menteri besar sebanyak tiga kali dalam satu penggal sejak PRU ke-14 bukan sejarah yang patut dibanggakan - Sultan Perak

Ketegangan PN Perak beransur pulih

Thu Dec 10 2020

Saarani Mohamad anak kelahiran Lenggong, MB Perak ke-14

Thu Dec 10 2020
Saarani Mohamad anak kelahiran Lenggong, MB Perak ke-14

[INFOGRAFIK] Menteri Besar Perak baharu

Thu Dec 10 2020

Jangan rakyat dianiayai - Sultan Perak

Thu Dec 10 2020

Jangan rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud - Sultan Perak#DisiplinMalaysia #NormaBaharu #HapusCOVID19 #PolitikPerak pic.twitter.com/W3rZqyh5h0

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 10, 2020

Tukar MB bukan sejarah yang dibanggakan - Sultan Perak

Thu Dec 10 2020

Krisis politik hingga menyebabkan pertukaran kerajaan dan Menteri Besar bukanlah perkara yang boleh dibanggakan.

Sebaliknya, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan perkara itu merupakan cerminan kepada kegagalan sebuah pentadbiran.

BERITA PENUH DI SINI

Saarani selesai angkat sumpah MB Perak yang baharu

Thu Dec 10 2020

Datuk Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Majlis berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

BERITA PENUH DI SINI

Ikuti Majlis angkat sumpah dan pelantikan MB Perak ke-14

Thu Dec 10 2020

#TERKINI #PolitikPerak Datuk Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai MB Perak Ke-14 dan Ahli Dewan Negara Perak @501Awani pic.twitter.com/udNGRB9Cfu

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 10, 2020

Pengajaran daripada kemelut di Perak

Thu Dec 10 2020

Menteri Besar Perak angkat sumpah hari ini

Thu Dec 10 2020

Ikuti laporan wakil Astro AWANI di Perak

Thu Dec 10 2020

#PolitikPerak Ikuti laporan menyeluruh Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak jam 11 pagi ini di saluran @501Awani dan platform media sosial kami. pic.twitter.com/1d18vtc6nL

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 10, 2020

Kalau berunding, masalah selesai - Ahmad Maslan

Wed Dec 09 2020

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kemelut yang berlaku dalam kerajaan negeri Perak perlu diambil sebagai pengajaran untuk mendewasakan hubungan politik UMNO, Bersatu dan Pas.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata isu politik di Perak membuktikan rundingan merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah.

BERITA PENUH DI SINI

Saarani Mohamad bakal Menteri Besar Perak

Wed Dec 09 2020

Sultan Perak perkenan lantik Saarani sebagai MB baharu

Wed Dec 09 2020

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk melantik ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan berkata ia selepas Sultan Nazrin mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sebahagian besar ADUN.

Saarani dijangka akan mengangkat sumpah pada Khamis (10 Disember) pada jam 11 pagi untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan MB di Istana Iskandariah, Perak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

3 Presiden berjumpa, 99.9% krisis Perak diselesaikan hari ini

Wed Dec 09 2020

Krisis kepimpinan Kerajaan Negeri Perak dijangka diselesaikan hari ini juga, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, keputusan positif akan dicapai dalam pertemuan tiga pihak antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kiamat politik jika UMNO dan DAP bekerjasama

Wed Dec 09 2020

Kiamat politik akan berlaku kepada UMNO dan DAP sekiranya wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu di Perak, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakob.

Dr Mohammad Tawfik berpendapat, sekiranya UMNO dan DAP bekerjasama, kesannya akan dirasai kedua-dua parti di seluruh negara bukan hanya di Perak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak banyak perkembangan di Perak hari ini

Wed Dec 09 2020

#PolitikPerak Tidak banyak perkembangan yang berlaku di negeri Perak hari ini. Tumpuan kini adalah untuk menentukan gabungan politik yang berjaya meraih majoriti sekaligus membentuk Kerajaan Negeri Perak. Media terus menanti di perkarangan Istana Kinta @501Awani

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 9, 2020

Tiada tanda wujud majoriti, misteri penjajaran politik baharu

Wed Dec 09 2020

Pas Perak belum terima titah menghadap Sultan Nazrin

Wed Dec 09 2020

Pas Perak belum menerima secara rasmi titah menghadap Sultan Nazrin Shah berhubung situasi politik negeri.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria berkata, pihaknya akan menghadap Sultan Nazrin apabila dititahkan secara rasmi berbuat demikian.

BERITA PENUH DI SINI

UMNO hanya akan bersama PN , kata Khairy

Wed Dec 09 2020

'Sebarang keputusan bergantung kepada pemimpin setiap parti'

Wed Dec 09 2020

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang keputusan berkaitan isu pemilihan Menteri Besar Perak yang baharu kini bergantung kepada pemimpin setiap parti politik.

Menurut Bendahari Agung BN itu, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi ada menyentuh mengenai isu tersebut.

BERITA PENUH DI SINI

Kemelut politik beri ruang parti minoriti muncul - Penganalisis

Wed Dec 09 2020

KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera

Wed Dec 09 2020

Khairy Jamaluddin berharap rundingan membabitkan UMNO, Pas dan Bersatu dapat disegerakan bagi merungkai kemelut politik di Perak.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, rundingan berkenaan penting dalam usaha memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.

BERITA PENUH DI SINI

Tolak parti lain, hanya PN bentuk kerajaan negeri - Khairy

Wed Dec 09 2020

Politik Perak: Pas arah ADUN menghadap Sultan

Tue Dec 08 2020

Pas membuat perubahan dengan mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak supaya hadir menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan ringkas malam Selasa, berkata mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.


BERITA PENUH DI SINI

PKR Perak jemput semua ahli politik utamakan perpaduan demi rakyat

Tue Dec 08 2020

Kesediaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk bekerjasama dengan semua pihak, hanya akan menyegerakan penubuhan sebuah kerajaan negeri yang dapat memupuk semangat perpaduan.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, adalah bagi semua pemimpin politik agar mencari formula terbaik.


BERITA PENUH DI SINI

DUN Perak bersidang esok, usul penangguhan akan dibuat - Speaker

Tue Dec 08 2020

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual bersambung semula esok tetap perlu bersidang lantaran ketetapan telah dibuat sebelum ini.

Namun, Yang di-Pertua DUN, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata sidang DUN yang akan bermula jam 2.30 petang itu hanya akan meluluskan usul supaya mesyuarat itu ditangguhkan ke satu tarikh lain.

BERITA PENUH DI SINI

Tiada penjajaran jelas PN-MN antara punca kemelut politik Perak - Pakar

Tue Dec 08 2020

Tiada penjajaran yang jelas diantara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dilihat antara punca kemelut politik terus berlarutan di negeri Perak.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, turut membawa kepada kemelut itu ialah faktor perbezaan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersatu Perak belum mohon menghadap Sultan

Tue Dec 08 2020

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak sehingga kini masih belum memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pucuk pimpinan parti di negeri itu juga tidak menerima titah untuk menghadap Sultan Perak secara rasmi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BERSATU Perak belum terima titah menghadap Sultan Perak

Tue Dec 08 2020

Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak

Tue Dec 08 2020

Tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu buat masa ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, situasi itu sekali gus gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik Menteri Besar Ke-14 negeri ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zambry, Saarani dititah menghadap Sultan Perak

Tue Dec 08 2020

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (UMNO - Pangkor) dan Datuk Saarani Mohamad (UMNO - Kota Tampan) dititah menghadap Sultan Perak, kata sumber istana kepada Astro AWANI.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Pas Perak batal hasrat menghadap Sultan Perak

Tue Dec 08 2020

Pas Perak membatalkan hasrat untuk menghadap Sultan Perak selepas mendapat arahan daripada pucuk pimpinan Pas Pusat.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Kemelut politik Perak berakhir hari ini?

Tue Dec 08 2020

Ahmad Zahid optimis cukup majoriti

Tue Dec 08 2020

Presiden UMNO optimis calon Menteri Besar Perak yang baharu daripada UMNO mempunyai sokongan majoriti.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin sokongan yang diperoleh lebih daripada mencukupi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

ADUN Bersatu, Pas dititah menghadap Sultan Perak

Tue Dec 08 2020

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas untuk menghadap baginda hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin perlu diyakini terlebih dahulu sebelum memutuskan individu yang akan menjadi Menteri Besar Perak Ke-14.

BACA BERITA PENUH DI SINI

DAP sedia kerjasama dengan UMNO

Tue Dec 08 2020

DAP Perak telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil, kata Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Kor Ming berkata, kesediaan bekerjasama itu juga mencerminkan jiwa besar parti itu yang sanggup meletakan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama berbanding parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengumuman calon Menteri Besar Perak

Tue Dec 08 2020

[ TERKINI ] Pengumuman calon Menteri Besar Perak baharu akan diumumkan Sultan Perak#NormaBaharu #PolitikPerak #HapusCOVID19 pic.twitter.com/UDfteNkYzX

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 8, 2020

Pemakluman Menteri Besar Perak baharu oleh pihak Istana - Zahid

Tue Dec 08 2020

Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana.

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu setelah selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta sekitar, di sini, jam 10.30 pagi tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahmad Zahid selesai menghadap Sultan Perak

Tue Dec 08 2020

Ahmad Zahid selesai menghadap Sultan Perak sekitar 10.30 pagi.

Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana.

Beliau turut mengumumkan UMNO kekal bekerjasama bersama Perikatan Nasional.

Pas Perak akan patuhi keputusan Pas Pusat

Tue Dec 08 2020

Pas Perak akan mematuhi keputusan Pas Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu negeri Perak.

Pesuruhjaya Pas Negeri Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya menyerahkan dan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pihak Pas Pusat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saarani tiba di Istana Kinta

Tue Dec 08 2020

#PolitikPerak Selang beberapa minit, kenderaan yang membawa Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan) memasuki Istana Kinta @501Awani

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 8, 2020

Zahid tiba di Istana Kinta

Tue Dec 08 2020

#PolitikPerak 9:50am: Presiden UMNO, Datuk Seri @DrZahidHamidi tiba di Istana Kinta sekitar jam 9.50 pagi tadi. Beliau yang menaiki kenderaan peribadi sempat membuka tingkap dan melambai ke arah media sebelum memasuki perkarangan istana. @501Awani pic.twitter.com/mu8XaOf7kV

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 8, 2020

Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta, bakal menghadap Sultan Perak

Tue Dec 08 2020

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini sekitar jam 9.50 pagi tadi.

Beliau yang memakai suit dan bersongkok sempat membuka tingkap kenderaan dan melambai ke arah media sebelum memasuki pekarangan istana.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah jam 10 pagi.



BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak, majlis angkat sumpah MB petang ini?

Tue Dec 08 2020

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah jam 10 pagi ini di Istana Kinta, Ipoh.

Difahamkan, majlis menghadap itu berkait sokongan majoriti dan pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.



BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersatu kesal UMNO tidak sokong usul percaya terhadap bekas MB Perak

Mon Dec 07 2020

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan kekesalan dengan usul percaya dikemukakan Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan pada Isnin malam berkata, ini kerana walaupun usul itu dikemukakan UMNO, ia tidak mendapat sokongan ADUN parti itu sendiri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak

Mon Dec 07 2020

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad diangkat sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli MKT UMNO.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak

Mon Dec 07 2020

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan, malam ini memaklumkan kerjasama tersebut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Saarani, ahli MT UMNO mula hadir mesyuarat

Mon Dec 07 2020

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mula tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) bagi menghadiri mesyuarat MT, di sini malam ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang sebelum ini telah mengesahkan kehadirannya pada mesyuarat berkenaan, dilihat berada di perkarangan Menara Onn sekitar pukul 7.30 malam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sultan Nazrin terima menghadap Presiden UMNO esok - Sumber Istana

Mon Dec 07 2020

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk menerima menghadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, esok.

Sumber Istana memaklumkan, majlis menghadap itu akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Kinta di Ipoh.

Difahamkan, majlis menghadap itu berkait sokongan majoriti dan pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kesediaan UMNO dengan Pakatan Harapan adalah luar biasa

Mon Dec 07 2020

PAS akan jadi pendamai, jernihkan hubungan PN & MN

Mon Dec 07 2020

UMNO sepakat Saarani jadi MB - Shahrul Zaman

Mon Dec 07 2020

Saarani akan hadir ke mesyuarat khas MT UMNO malam ini

Mon Dec 07 2020

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad antara yang akan hadir ke mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini.

Datuk Saarani Beliau mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan baharu Perak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat Majlis Presiden PH petang ini

Mon Dec 07 2020

#PolitikPerak Selain Mesyuarat UMNO malam ini, turut dijadualkan adalah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan jam 3.30 petang ini di Parlimen. Tumpuan kini beralih kepada keputusan gabungan oleh parti-parti di peringkat pusat @501Awani

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 7, 2020

Setakat pagi ini, tiada individu dijangka menghadap - Istana Kinta

Mon Dec 07 2020

#PolitikPerak Istana memaklumkan, sehingga pagi ini (Isnin), tiada individu dilaporkan akan menghadap Sultan Perak. Saya akan kongsikan kini dari semasa ke semasa @501Awani

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 7, 2020

UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar

Sun Dec 06 2020

UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok, dipercayai bagi membincangkan mengenai kemelut politik di Perak.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik sumber dalam UMNO, mesyuarat Biro Politik itu juga difahamkan akan membincangkan mengenai isu berkaitan dengan kedudukan kerajaan Persekutuan secara keseluruhannya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas Perak zahir komitmen pertahan kerajaan PN di Perak

Sun Dec 06 2020

Pas Perak menzahirkan komitmen untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Saarani dapat sokongan jadi Menteri Besar Perak yang baharu?

Sun Dec 06 2020

Sokongan terhadap Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik sebagai Menteri Besar baharu Perak dilihat semakin kukuh apabila jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang dipercayai menandatangani akuan bersumpah (SD) kini meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'

Sun Dec 06 2020

Pakatan Harapan (PH) Perak menegaskan hanya akan bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan negeri itu secara 'en bloc'.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

ADUN Pokok Asam tidak akan sokong calon MB daripada UMNO

Sun Dec 06 2020

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Asam, daripada DAP, Leow Thye Yih berkata dia tidak akan menyokong mana-mana calon Menteri Besar sekiranya calon terbabit datangnya daripada UMNO.

Leow megambil pendirian itu susulan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berkata bahawa DAP sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO dalam membentuk kerajaan negeri yang baharu demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya telah adakan perbincangan dengan UMNO - Farhash

Sun Dec 06 2020

'Saya telah berbincang dengan pimpinan UMNO Perak semalam' - Farhash

Sun Dec 06 2020

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, mengesahkan telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan UMNO negeri itu pada Sabtu.

Menurutnya, pertemuan itu turut menyentuh mengenai jajaran baharu politik di antara kedua-dua parti, malah PKR Perak katanya terbuka untuk mengadakan sebarang kerjasama demi kebaikan rakyat di negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jangan salahkan UMNO, tawaran untuk bekerjasama sudah dibuat - Tajuddin

Sun Dec 06 2020

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa pendekatan parti itu sepertimana dimaklumkan Presidennya yang berkata tidak menolak kemungkinan berlaku satu penjajaran baharu politik di Perak, adalah demi rakyat negeri itu.

Jelasnya tawaran telah dibuat oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun kini terpulang kepada dua parti itu untuk bersama UMNO demi rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak

Sun Dec 06 2020

Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di Perak.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sultan Perak hanya akan lantik MB selepas yakin ada majoriti mudah - Annuar Zaini

Sun Dec 06 2020

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan melantik Menteri Besar baharu hanya dibuat selepas baginda yakin seseorang ADUN itu mempunyai sokongan majoriti mudah.

Itu mesej Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkait kemelut politik yang melanda negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan pembangkang

Sun Dec 06 2020

Mungkin akan ada penjajaran baharu politik - Zahid

Sun Dec 06 2020

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan kerajaan negeri yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak yang lalu dapat dikekalkan.

Bagaimanapun, katanya, UMNO dan BN tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di negeri itu seiring krisis politik yang melanda.  

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid adakan sidang media selepas satu jam menghadap Sultan

Sun Dec 06 2020

#TERKINI #PolitikPerak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri ini. Namun, DS @DrZahidHamidi berharap kerajaan lalu dapat dikekalkan. @501Awani pic.twitter.com/yeI3b9e8rH

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 6, 2020

Ahmad Zahid menghadap Sultan Nazrin

Sun Dec 06 2020

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di Ipoh pagi ini.

Beliau dipercayai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu. 

Kenderaan membawa beliau dilihat memasuki pintu masuk Istana Kinta pada 9.47 pagi tadi. 



Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta

Sun Dec 06 2020

#PolitikPerak 9:47am: DS @DrZahidHamidi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak @501Awani pic.twitter.com/k4X4fUkQin

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 6, 2020

Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal

Sun Dec 06 2020

#PolitikPerak #TERKINI Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak semalam. @501Awani pic.twitter.com/eHX31CVyKJ

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 6, 2020

Sultan Nazrin terima peletakan jawatan Ahmad Faizal

Sun Dec 06 2020

Sultan Nazrin perkenan terima peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar dan barisan Exco, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid menghadap Sultan Perak hari ini

Sun Dec 06 2020

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada jam 10 pagi ini.

Ia ada hubung kait dengan penyelesaian kemelut politik Perak dengan kemungkinan penubuhan kerajaan negeri yang baharu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hampir tiga jam bermesyuarat, pemimpin UMNO kunci mulut

Sat Dec 05 2020

Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak.

Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan UMNO dan PH di Perak?

Sat Dec 05 2020

UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sokongan ke atasnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO Perak, kerajaan bersama UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu akan dibentuk dalam masa terdekat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain

Sat Dec 05 2020

"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.

"Dalam situasi mencabar ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil," katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada Amanah Perak sanggup bekerjasama dengan parti politik lain di negeri ini bagi penubuhan sebuah kerajaan negeri yang baharu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak

Sat Dec 05 2020

PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dewan menerusi usul undi percaya semalam.

Timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beberapa perkara perlu dibincangkan terutama membabitkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid, Nazri hadir Mesyuarat Khas UMNO Perak

Sat Dec 05 2020

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba sekitar jam 8.12 malam di Bangunan UMNO Perak di sini bagi menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad dijadual bermula jam 9 malam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Video penuh sidang media khas MB Perak

Sat Dec 05 2020

"Jumpa di Sri Satria nanti" - Faizal Azumu bakal jadi TPM?

Sat Dec 05 2020

“Jumpa di Sri Satria nanti,” itu ayat terakhir diungkap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media terakhir beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau dilihat berketawa kecil selepas mengungkapkan perkataan itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan

Sat Dec 05 2020

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak menerusi satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ia selepas beliau telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembahkan warkah peletakan jawatan tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

UMNO ada ajak jumpa, tapi 'luka masih belum sembuh' - Bersatu Perak

Sat Dec 05 2020

UMNO dikatakan meminta untuk membuat pertemuan dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak hari ini, selepas kemelut yang tercetus di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, bagaimanapun buat masa ini pihaknya mengambil sikap bertenang terlebih dahulu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Penjajaran politik di Perak? Ini kemungkinan yang bakal berlaku...

Sat Dec 05 2020

Siapa calon Menteri Besar Perak yang baharu? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat terutama warga Perak.

Namun, pada ketika ini, itu bukan soalan utama yang perlu dijawab.

Sebaliknya, apakah bentuk gabungan atau penjajaran politik yang bakal berlaku perlu dijawab terlebih dahulu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kemelut politik akan gugat PN di peringkat Persekutuan - Penganalisis

Sat Dec 05 2020

Kemelut politik di Perak membawa satu dimensi baharu, iaitu Kerajaan sendiri terpaksa berhadapan dengan pembangkang dalam blok yang sama, kata Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib.

Beliau berkata, situasi itu adalah rentetan daripada kegagalan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan sendiri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perhubungan UMNO Perak adakan mesyuarat malam ini

Sat Dec 05 2020

Perhubungan UMNO Perak dilaporkan akan bermesyuarat malam ini susulan krisis politik yang melanda negeri itu.

Mesyuarat khas yang dijangka dijadual bermula 8.30 malam ini akan diadakan di Bangunan UMNO Perak di Ipoh.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Krisis politik Perak bukan isu nasional - Annuar

Sat Dec 05 2020

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kemelut politik Perak yang melibatkan jawatan Menteri Besar bukanlah masalah nasional, sebaliknya hanya melibatkan keadaan politik di negeri Perak.

Tegas Annuar, krisis yang berlaku semalam tidak pernah dibincangkan secara formal dalam mesyuarat Biro Politik UMNO atau Mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MB baharu atau gabungan kerajaan negeri baharu?

Sat Dec 05 2020

Faizal akan teruskan tanggungjawab

Sat Dec 05 2020

Faizal Azumu letak jawatan apabila MB baharu dilantik

Sat Dec 05 2020

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan meletak jawatan sebaik sahaja Menteri Besar yang baharu dilantik.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu, buat sementara waktu, beliau akan meneruskan tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan.

Menurutnya, kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa sehingga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan seorang ADUN yang mendapat mandat majoriti untuk menggalas jawatan menteri besar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sultan Perak gesa parti politik mencari formula terbaik

Sat Dec 05 2020

#PolitikPerak
1. Sultan Perak gesa parti politik mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik

2. Bukan tanggungjawab Sultan Nazrin selesaikan permasalahan yang berlaku

3. Calon MB baharu? Ia masih lagi dalam rundingan peringkat parti @501Awani pic.twitter.com/QTCSvIkhIY

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 5, 2020

Selesai menghadap, ini reaksi Annuar Zaini

Sat Dec 05 2020

Apa masa depan politik Ahmad Faizal Azumu?

Sat Dec 05 2020

Ahmad Faizal Azumu menuju Putrajaya?

Sat Dec 05 2020

Lebih daripada seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipercayai bakal mengosongkan portfolio masing-masing dalam masa terdekat.

Menurut sumber, langkah tersebut dipercayai sebahagian daripada rombakan Kabinet.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin PH Perak meninggalkan istana

Sat Dec 05 2020

Semua tiga pemimpin Pakatan Harapan Perak meninggalkan Istana Kinta.

Semuanya enggan memberi sebarang ulasan kepada pihak media.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiga pengerusi mewakili Pakatan Harapan menghadap Sultan Nazrin Shah

Sat Dec 05 2020

Tiga pemimpin utama PH Perak tiba di Istana Kinta

Sat Dec 05 2020

Tiga pemimpin utama Pakatan Harapan Perak tiba di Istana Kinta sekitar jam 10.40 pagi ini.

Mereka ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tumpuan pada Sultan Nazrin

Sat Dec 05 2020

Tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat Sultan Perak selepas Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ADUN Perak dalam undi usul percaya terhadapnya semalam.

Seorang penganalisis politik berpendapat jika Sultan tidak memberi perkenan kepada menteri besar untuk membubarkan DUN, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Selain PH, siapa lagi bakal menghadap Sultan Perak?

Sat Dec 05 2020

Selain tiga pengerusi parti mewakili PH iaitu Nga Kor Ming, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Asmuni Awi, siapa lagi bakal berkunjung ke Istana Kinta hari ini?

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?

Fri Dec 04 2020

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap tiga pengerusi parti yang mewakili Pakatan Harapan (PH) esok susulan kemelut politik di negeri ini.

Menurut sumber kepada Astro AWANI, mereka yang diperkenan ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya dukacita jika orang Melayu berpecah' - Annuar Musa

Fri Dec 04 2020

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan rasa tidak gembira atas apa yang berlaku dalam arena politik Perak ketika ini.

Beliau pada masa sama mendedahkan bahawa pemimpin UMNO juga tidak berpeluang untuk berbincang mengenainya di peringkat Biro Politik atau pun Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Bersatu kesal dengan situasi politik di Perak - Hamzah Zainuddin

Fri Dec 04 2020

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal berhubung situasi yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media sebentar pada Jumaat.

BERITA PENUH DI SINI

Aziz Bari tidak tolak kemungkinan gabungan kerjasama parti politik

Fri Dec 04 2020

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak kemungkinan gabungan kerjasama diantara parti politik di negeri Perak boleh berlaku seperti sebelum ini.

Menurut beliau, dalam gelanggang politik tiada apa yang mustahil boleh berlaku asalkan menepati tuntutan Perlembagaan serta tidak bertentangan dengan norma.

BERITA PENUH DI SINI

Tidak gembira dengan perkembangan yang berlaku di Perak malah dukacita jika orang Melayu berpecah - Annuar Musa

Fri Dec 04 2020

Sejujur,saya tidak gembira dgn apa berlaku di Perak.Kita tidak berpeluang berbincang terlebih awal di peringkat BIRO POLITIK atau MKT.Saya berdoa agar perjuangan yg seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah,tidak terjejas.Saya dukacita jika orang Melayu berpecah. pic.twitter.com/7ahJkLdaqY

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 4, 2020

Pertukaran MB tidak mengubah status kerajaan negeri

Fri Dec 04 2020

Pergerakan Pemuda UMNO Perak yakin pertukaran Menteri Besar Perak tidak akan mengubah status kerajaan negeri yang masih kekal padu berteraskan kerjasama parti-parti di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Namun, apa penjelasan relevan pada saat politik di negeri Perak mula bergolak selepas Faizal Azumu tidak mendapat sokongan di DUN negeri itu pagi tadi.  Artikel penuh di sini.

Sultan Perak berkenan menerima menghadap tiga ketua parti pagi esok

Fri Dec 04 2020

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permintaan tiga ketua parti yang mewakili Pakatan Harapan menghadap jam 11 pagi esok di Istana Kinta, Ipoh.

Mereka adalah Nga Kor Ming (DAP), Farhash Wafa Salvador (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah).

BERITA PENUH DI SINI

"Saya masih MB kerajaan sementara" - Faizal Azumu

Fri Dec 04 2020

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Perak di bawah kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sehingga lantikan baharu dibuat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Politik Perak: Tidak mustahil 'berjangkit' ke negeri lain

Fri Dec 04 2020

Keadaan yang berlaku di Perak tidak mustahil boleh ‘berjangkit’ ke negeri lain termasuklah ke Sabah yang baru sahaja selesai menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, parti lain yang terkejut dengan situasi itu mungkin akan mengambil langkah tunggu dan lihat terlebih dahulu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, menghadap Sultan Perak

Fri Dec 04 2020

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki Istana Kinta, di sini sekitar pukul 5.15 petang tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan rasmi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki pintu masuk istana tersebut.

BERITA LANJUT DI SINI

Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, Ipoh

Fri Dec 04 2020

#TERKINI #Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Speaker DUN akan menghadap Sultan Perak petang ini. Ahmad Faizal mengesahkan perkara itu dalam temu bual bersama @501Awani https://t.co/eHojpPpo9x

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) December 4, 2020

Tolak MB itu lebih penting daripada bantu rakyat dalam kesusahan - Ahmad Faizal

Fri Dec 04 2020

Keputusan majoriti ADUN Perak menolak menteri besar dalam usul undi tidak percaya membuktikan bahawa menggugurkan pemimpin nombor satu di negeri itu lebih penting daripada pembentangan Belanjawan Negeri 2021.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Tukar pimpinan kerajaan DUN Perak satu penderhakaan, pengkhianatan - Exco

Fri Dec 04 2020

Menukar pemimpin kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah satu penderhakaan dan pengkhianatan.

Demikian tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berhubung tindakan itu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak

Fri Dec 04 2020

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam DUN negeri itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI


Krisis politik Perak disifatkan sebagai unik - Prof Shamrahayu

Fri Dec 04 2020

Usul undi percaya di Perak berlaku bertentangan dengan amalan Perlembagaan

Fri Dec 04 2020

Politik Perak: Mungkin usaha penjajaran politik baharu UMNO - Pakar

Fri Dec 04 2020

UMNO mungkin sedang menilai penjajaran politik baharu untuk menempuh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

"Apa yang berlaku di Perak di mana 48 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) termasuk UMNO dan sudah tentu pembangkang tidak sokong usul (undi percaya), menunjukan bahawa UMNO dan DAP ada konsensus bahawa Perikatan Nasional (PN) Perak tidak patut diteruskan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Garis masa Twitter Astro AWANI ada perincian kemelut politik di Perak

Fri Dec 04 2020

[TERKINI] Ahmad Faizal Azumu ( @PejaOfPerak ) ditolak sebagai Menteri Besar Perak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu pada Jumaat. Apa proses perundangan seterusnya?#AWANIterkini #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 https://t.co/xmWeOPiqTT

— Astro AWANI (@501Awani) December 4, 2020

'Jika mahu tukar MB, boleh bincang dalam keluarga PN, tak perlu bawa ke sidang' - Faizal

Fri Dec 04 2020

Tindakan pemimpin kerajaan negeri yang menolak sokongan terhadap kepimpinannya tidak wajar berlaku di sidang DUN.

Sebaliknya, menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, perkara itu perlu dibawa dalam perbincangan dalam keluarga Perikatan Nasional (PN).

Apa seterusnya?

BACA BERITA LANJUT DI SINI

Pas tidak sertai pembentukan kerajaan baharu Perak

Fri Dec 04 2020

Pas menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan juga mengesahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas memberikan sokongan kepada Menteri Besar dalam usul dibuat di DUN Perak pada Jumaat pagi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Bila di kubur, malaikat tak tanya saya MB atau tidak" - Faizal Azumu

Fri Dec 04 2020

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli politik supaya beringat kerana kepentingan rakyat sentiasa perlu diutamakan.

Katanya, semua pihak harus bersabar susulan kemelut yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pagi Jumaat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kemelut politik Perak, apa selepas ini?

Fri Dec 04 2020

'Saya tidak akan bubar DUN' - Ahmad Faizal

Fri Dec 04 2020

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum kedudukan semasa kerajaan negeri Perak di bawah Perikatan Nasional (PN).

BERITA PENUH DI SINI

Mungkin petanda baik buat negara, UMNO boleh kerjasama dengan DAP

Fri Dec 04 2020

“Mungkin ini petanda baik buat negara kita apabila UMNO boleh bekerjasama dengan DAP untuk gugurkan saya sebagai Menteri Besar.”

Demikian reaksi sinis Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya berhubung kekalutan yang berlaku dalam kerajaan negeri Perak pada Jumaat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

UMNO mahu angka majoriti perlu dihormati

Fri Dec 04 2020

Faizal Azumu, Speaker DUN menghadap Sultan Perak petang ini

Fri Dec 04 2020

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini.

Sumber Astro AWANI memaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid juga akan menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

PN, MN di Perak rapuh, tidak berfungsi dengan baik

Fri Dec 04 2020

Kerjasama antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) khususnya di Perak dilihat sangat rapuh selain tidak berfungsi dengan baik.

Perkara itu dilihat selepas usul undi tidak percaya terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berada dalam gabungan parti itu.

BERITA PENUH ADA DI SINI

Kemelut Politik Perak, mungkin 'berjangkit' ke negeri lain - Rafiq

Fri Dec 04 2020

Kemelut politik di Perak yang menyaksikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti daripada wakil rakyat, tidak mustahil boleh ‘berjangkit’ ke beberapa negeri lain.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, senario itu malah mampu memberi impak yang besar kepada kepimpinan di peringkat Persekutuan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"I miss you guys sometimes actually, seriously" - Ahmad Faizal

Fri Dec 04 2020

Ucapan terakhir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat menarik perhatian ramai.

Selepas merakamkan penghargaan kepada semua ahli-ahli DUN, beliau secara spontan berkata, akan turut merindui rakan-rakan seperjuangannya dari Pakatan Harapan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang DUN Perak ditangguh ke Rabu depan

Fri Dec 04 2020

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan untuk menangguhkan sidang DUN negeri itu ke Rabu depan, 9 November.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Faizal gagal peroleh sokongan majoriti

Fri Dec 04 2020

Kerajaan Ahmad Faizal ditolak sebab tiada keabsahan - PKR Perak

Fri Dec 04 2020

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PRK Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihatkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu agar bermuhasabah diri selepas gagal memperoleh sokongan majoriti daripada wakil rakyat negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti

Fri Dec 04 2020

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang berlangsung pada Jumaat.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

BERITA LANJUT DI SINI

#Saarani Mohamad#Sultan Perak#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah#MB baharu Perak
AWANI Pagi test

AWANI Pagi test

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.