awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 60,000 anggota PKR Perak mengundi hari ini

Bernama
Bernama
27/10/2018
04:02 MYT
Lebih 60,000 anggota PKR Perak mengundi hari ini
Pada pemilihan kali ini, seramai 54 calon bertanding merebut jawatan ketua cabang, manakala 1,183 calon lagi menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan lain di peringkat cabang. - Bernama
Seramai 60,878 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak hari ini mengundi secara serentak di 24 cabang di seluruh negeri itu.
Semua pusat pengundian dibuka serentak tepat pukul 9 pagi dan ditutup pada 5 petang.
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sepatutnya diadakan pada 23 Sept lepas, namun ditangguhkan susulan beberapa masalah yang terjadi semasa pemilihan di Kedah dan Pulau Pinang sehari sebelum itu.
Pada pemilihan kali ini, seramai 54 calon bertanding merebut jawatan ketua cabang, manakala 1,183 calon lagi menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan lain di peringkat cabang.
Pemilihan turut menyaksikan lima ketua cabang menang tanpa bertanding iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye di cabang Gopeng, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari (Parit Buntar); Ejazi Yahaya (Padang Rengas); Abdul Jais Ashfam Ahmed (Beruas) dan Mohd Anuar Zakaria (Parit).
Sementara itu, pertembungan empat penjuru bagi jawatan ketua cabang berlaku di Lenggong, Bagan Serai, Sungai Siput dan Lumut, manakala tiga penjuru di Gerik, Tambun, Ipoh Barat, Kuala Kangsar, Pasir Salak dan Bagan Datuk.
Sementara itu jawatan ketua cabang di Larut, Bukit Gantang, Taiping, Ipoh Timor, Batu Gajah, Kampar, Tapah, Teluk Intan dan Tanjung Malim pula akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Adzman Hedra ketika dihubungi memberi jaminan proses pemilihan kepimpinan itu akan berjalan lancar.
Beliau berkata keputusan boleh diumumkan kira-kira pukul 6 petang oleh ketua pengawas JPP di 24 cabang mengundi dan keputusan sepenuhnya dijangka dimuatnaik di portal www.pemilihankeadilan2018.com kira-kira pukul 9 malam ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#pengundi
#Perak
#PKR
#PKR Perak
#politik
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan