POLITICS
‘Lega jadi orang biasa, terselamat daripada sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi’ - Rafizi
Rafizi berkata, beliau berasa lega kerana kembali menjadi orang biasa, selain terselamat daripada sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli, yang gagal mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti pada Jumaat, mengakui beliau hampir rasa kecewa dan putus asa, walaupun hanya seketika.
Ringkasan AI
Namun Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau lebih merasa lega kerana kembali menjadi orang biasa, selain terselamat daripada sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Katanya lagi, beliau menyertai politik, khususnya PKR, bukan kerana inginkan jawatan atau mengumpul kekayaan, tetapi kerana idealisme parti serta manfaatnya kepada rakyat.
“Saya faham nasib (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
“Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini Rafizi beberapa kali menyatakan komitmen untuk berundur daripada Kabinet, sekiranya beliau gagal mempertahankan jawatan nombor dua parti itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, malam tadi, mengumumkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berjaya merampas kedudukan tersebut dengan majoriti yang agak selesa.
Namun, dua calon pilihan Rafizi iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminudin Harun berjaya dipilih sebagai Naib Presiden parti.
Dalam pada itu Rafizi berkata, beliau terjebak dengan gerakan reformasi beliau mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali, kerana percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat.
“Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
“Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat.
“Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global,” katanya lagi.
Rafizi berkata, kesemua itu mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Rafizi Ramli menerima kekalahannya dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR dengan hati terbuka, menyatakan rasa lega kerana bebas daripada tekanan politik dan menegaskan beliau menyertai politik demi idealisme, bukan jawatan.
- Rafizi menekankan pentingnya persaingan politik yang sihat untuk membina kerajaan yang bertanggungjawab dan progresif, serta menolak budaya rasuah melalui sistem demokrasi yang matang.
- Walaupun tidak lagi memegang jawatan tertinggi dalam parti, Rafizi kekal komited terhadap perjuangan PKR dan visi untuk Malaysia yang majmuk, adil dan berdaya saing di peringkat global.