[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
POLITICS

Lim Kit Siang cedera di dahi

Sinar Harian 02/03/2018 | 11:00 MYT
Sejurus insiden tersebut, Kit Siang dibawa ke klinik berhampiran dan dinasihati doktor supaya berehat.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang cedera di dahi selepas terjatuh di bilik air di kediamannya di Gelang Patah, malam tadi.
Sejurus insiden tersebut, Kit Siang dibawa ke klinik berhampiran dan dinasihati doktor supaya berehat.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan ibu pejabat DAP sebentar tadi, akibat kecederaan itu, Kit Siang membatalkan semua jadual kerjanya hujung minggu ini termasuk forum kedai kopi di Gelang Patah pagi tadi, dan di Pekan Nenas pada pagi Sabtu.
“Beliau juga tidak dapat menghadiri majlis memperingati tragedi MH370 kali keempat di Kuala Lumpur.
“Satu tarikh baharu akan ditetapkan untuk kunjungannya ke Sungai Pelek dan Sepang yang dijadualkan Ahad ini," menurut kenyataan itu.
Kit Siang juga tidak dapat menghadiri majlis makan malam mengumpul dana, anjuran PKR di Setia Alam pada Ahad malam.
#cedera #dahi cedera #DAP #Lim Kit Siang #PKR