awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loga Bala Pemangku Presiden MyPPP, berikutan kematian Maglin

Bernama
Bernama
18/11/2023
11:02 MYT
Loga Bala Pemangku Presiden MyPPP, berikutan kematian Maglin
Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Loga Bala Mohan akan memegang jawatan Pemangku Presiden parti itu berikutan kematian Presidennya Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz semalam.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Loga Bala Mohan akan memegang jawatan Pemangku Presiden parti itu berikutan kematian Presidennya Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz semalam.
Setiausaha Agung MyPPP Datuk Inder Singh Beant Singh berkata Loga akan menjadi pemangku presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti itu yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong.
Beliau berkata mengikut Perkara 9.3 perlembagaan yang sama, ia berkuat kuasa hingga perhimpunan agung diadakan bagi memilih presiden baharu.
"Dengan pemergian Maglin secara mengejut pada 17 Nov, Loga Bala akan memegang jawatan pemangku presiden hingga diberitahu kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Inder Singh, dalam kenyataan berasingan berkata mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Maglin boleh hadir ke Wisma MyPPP esok dari 11 pagi hingga 5 petang dan 20 Nov dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Maglin meninggal dunia tengah malam semalam pada usia 67 tahun
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loga bala mohan
#pemangku presiden
#MyPPP
#Maglin Dennis D'Cruz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan