awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPG Petroleum Sarawak Berhad dijual pada harga kawalan - ADUN Tupong

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2020
11:44 MYT
LPG Petroleum Sarawak Berhad dijual pada harga kawalan - ADUN Tupong
Fazzrudin berkata, LPG adalah bahan terkawal yang mana subsidinya dikawal selia kerajaan Persekutuan. -Gambar fail
KUCHING :"Gas petroleum cecair (LPG) adalah bahan terkawal. Harga yang ditetapkan oleh syarikat minyak dan gas di bawah jenama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah berdasarkan persetujuan bersama kerajaan Persekutuan."
Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman menjawab saranan yang diutarakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen yang memohon LPG PETROS dijual pada harga yang lebih rendah.
“LPG adalah bahan terkawal yang mana subsidinya dikawal selia kerajaan Persekutuan.
“Tiada keperluan untuk menjadikan perkara ini satu sentimen dalam memperjuangkan hak rakyat bahawa LPG PETROS sepatutnya dijual pada harga yang lebih rendah.
“Saya cadangkan kepada Chong... mungkin dia boleh menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mendapat maklumat berkaitan hal berkenaan sebelum membuat kenyataan,” katanya.
Jelas beliau lagi, kewujudan PETROS ini satu peluang yang memberi manfaat besar bukan sahaja kepada ekonomi Sarawak, malah rakyatnya.
“Tujuan kita adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kerajaan telah menggariskan beberapa objektif dan tindakan.
“Salah satunya adalah LPG PETROS. Apabila produk ini mula dijual kepada masyarakat, keuntungannya dapat dijadikan dividen kepada kerajaan.
“Seterusnya, pendapatan berkenaan disalurkan semula kepada rakyat,” ujar Fazzrudin.
BACA: LPG jenama Petros dilancar, mula diedarkan tahun depan
Beliau berkata demikian pada taklimat mukim Sarawak bahagian Kuching dan agihan sumbangan prihatin Jabatan Agama Islam (JAIS) mukim Pinang Jawa di Masjid Al-Taqwa, Kampung Pinang Jawa di Kuching pada Ahad.
Terdahulu, Chong menerusi kenyataan media, menggesa kerajaan negeri menurunkan harga LPG PETROS kepada sekurang-kurangnya RM23.80 satu tong atau 10 peratus.
Menurutnya, harga yang ditetapkan ketika ini masih kekal pada harga sama iaitu RM26.60 satu tong dan tidak termasuk kos penghantaran kepada pengguna.
Topic Berkaitan
#Gas petroleum cecair LPG
#Petroleum Sarawak Berhad PETROS
#Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tupong
#Fazzrudin Abdul Rahman
#Pengerusi Parti Tindakan Demokratik DAP Sarawak
#Chong Chieng Jen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan