[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
POLITIK

Maaf, saya telah kecewakan anda - Syed Saddiq

Isabelle Leong 01/03/2020 | 05:37 MYT
SYED SADDIQ: Apakah maknanya jika kita dikelilingi kuasa, tetapi jiwa kita kosong? - Foto Twitter Syed Saddiq
“MAAFKAN saya kerana mengecewakan anda.”
Itulah kata-kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila membalas kicauan di laman Twitter beliau hari ini.
Katanya menerusi entri Twitter tersebut, beliau sudah cuba untuk menghentikan “mereka” namun gagal.
“Saya sudah cuba. Saya benar-benar sudah cuba menghentikan 'mereka'. Maafkan saya, Malaysia,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, beliau menasihati belia Malaysia untuk berpegang teguh pada prinsip dan memperjuangkan pegangan mereka.
“Sebagai warga belia Malaysia, kita mesti berpegang teguh pada prinsip dan berjuang untuk apa yang kita percaya.
“Apakah maknanya jika kita dikelilingi kuasa, tetapi jiwa kita kosong?” tegasnya.
Pada Sabtu, beliau menyatakan sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri ke-8
Tegasnya, beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi penekanan bahawa integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.
#Ahli Parlimen Muar #bekas perdana menteri #Belia #Dr Mahathir Mohamad #gagal #jiwa kosong #KUASA #maafkan saya #Malaysia #Malaysia2020 #politik #rakyat Malaysia #Rasuah #Syed Saddiq #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman