Mahathir mahu jatuhkan PM Najib kerana kuasa - Annuar Musa

Bernama
Oktober 29, 2017 23:32 MYT
ANNUAR: Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa. -Gambar fail
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana bangsa atau negara sebaliknya disebabkan kuasa.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata agenda Dr Mahathir bermula pada 2013 selepas anaknya Datuk Mukhriz Mahathir kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO.
"Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa.
"Bukan (kerana) soal agama, bukan soal bangsa tetapi sebab dia masih mahu kekal berkuasa," katanya pada Dialog Destini Bangsa: Istiqamah Bersama UMNO/Barisan Nasional di sini, pada Ahad.
Semasa mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Najib pada Jumaat meniru dasar kebajikan di Selangor, Annuar berkata rakyat lebih pandai menilai perkara itu.
-- BERNAMA
#Annuar Musa #Azmin Ali #Mahathir Mohamad #Mukhriz Mahathir #Najib Razak