POLITICS

Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam tempoh 14 hari

Hafizi Rosli 14/12/2021 | 03:36 MYT
Pada 24 Ogos lalu, Syed Saddiq serta 12 individu selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran yang baharu bagi mencabar keputusan Menteri KDN serta RoS yang menolak rayuan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politiK - Foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam masa 14 hari serta membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh MUDA menerusi laman Twitternya pada Selasa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada 24 Ogos lalu, Syed Saddiq yang merupakan pengasas parti itu serta 12 individu selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran yang baharu bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak rayuan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik.

Mereka turut menamakan Menteri Dalam Negeri dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.

Syed Saddiq dan 12 individu itu memohon suatu deklarasi bahawa permohonan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah Pertubuhan di bawah kategori parti politik adalah teratur dan mematuhi segala keperluan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Mereka juga memohon suatu perintah mandamus untuk kedua-dua responden mendaftarkan MUDA sebagai sebuah pertubuhan dalam kategori pertubuhan politik dalam masa 14 hari dari tarikh perintah.
#Kementerian Dalam Negeri #muda #daftar #ros