Kerjasama pembangkang bersama Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan Parti Generasi Baru (NewGen) membuktikan kekontangan inisiatif pihak itu dalam merangka pelan serta dasar masa depan yang jelas bagi masyarakat India, kata MIC.
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, langkah itu tidak akan berjaya menarik sokongan pengundi India memandangkan dasar parti pembangkang sendiri yang tidak jelas selain bergelut untuk mendapatkan kerusi sesama sendiri.
Jelasnya, ia berbeza dengan langkah Barisan Nasional (BN) dalam merangka satu dasar yang konsisten terhadap masyarakat India selama ini.
"BN menerusi Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) memberi pendekatan dan dasar masa depan yang holistik, komprehensif dan menyeluruh serta mampu mengubah lanskap kehidupan masyarakat India dalam pelbagai bidang meliputi pendidikan, pekerjaan, sosio ekonomi dan pemilikan equiti.
"Semua inisiatif yang diperkenalkan MIC dan BN di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini terbukti mula memberi impak yang sungguh positif daripada masyarakat India untuk terus menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Penerimaan yang baik masyarakat India terhadap BN inilah yang menyebabkan pembangkang mula rasa goyang, terutama dalam menarik sokongan pengundi. Pembangkang semakin terdesak mahu mencari sokongan masyarakat India," katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
BACA: Pelan Induk Masyarakat India hak masyarakat India - Dr Subramaniam
BACA: Pelan Tindakan Masyarakat India bukan omongan kosong - PM Najib
Pengerusi NewGen Rajaretinam Armuggan, sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk bergabung dengan Pakatan Harapan, menjanjikan bantuan kepada gabungan itu untuk memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen yang BN menang tipis.
Mereka turut membuat permohonan pertukaran nama kepada parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA).
Pada masa sama, Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy turut mengesahkan sedang melakukan rundingan dengan Pakatan Harapan untuk memastikan pakatan itu memenangi PRU akan datang.
Sebelum ini, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam menjelaskan MIB bukanlah milik MIC atau kerajaan tetapi ia hak masyakarat India yang tidak boleh dikritik dengan pemikiran negatif.
Justeru, beliau menggesa masyarakat India agar mempunyai kepercayaan dan berharap kepada pelan induk itu ke arah memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup kaum berkenaan.
Dalam pada itu, tegas Sivarraajh, pengundi muda khususnya pasti dapat membandingkan janji-janji retorik pembangkang dengan Pelan Tindakan (Blueprint) Masyarakat India dan juga rekod pencapaian Najib untuk masyarakat itu sendiri.
"Masyarakat India kini sudah matang dalam politik negara, terutama mainan dan janji palsu pembangkang.
"Ini ditambah lagi dengan keadaan status quo masyarakat India di Selangor dan Pulau Pinang yang tidak menunjukkan perubahan dari aspek pembangunan sosioekonomi seperti yang dijanjikan pada PRU yang lalu oleh pembangkang,sehingga membuatkan mereka konsisten untuk kembali yakin kepada Najib dan BN.
"Namun, kita tidak harus mengambil ringan isu pengundi-pengundi ini dan haruslah bijak mengurus serta memastikan janji-janji dipenuhi untuk orang muda, supaya mereka terus menjadi penyokong tegar BN," ujarnya.
Dalam perkembangan berasingan, Sivarraajh yang juga Penyelaras Parlimen Cameron Highlands berkata, penduduk di kawasan itu bersyukur dengan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM246.5 juta untuk melestarikan Cameron Highlands melalui Op Gading sejak tahun 2014 sehingga tahun lepas.
"Ia memberi dimensi baru kepada penduduk di sini selain membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap isu di Cameron Highlands sendiri.
"Penduduk di sini juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dengan pelan pemulihan terbaik dalam semua aspek demi meningkatkan taraf kehidupan selain infrastruktur kepada mereka," jelasnya.
Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah perbelanjaan RM246.5 juta tersebut termasuk RM88 juta yang dibelanjakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam projek untuk mendalamkan empangan sebagai langkah mencegah banjir.
Secara keseluruhannya jelas Ahmad Zahid, tindakan pemulihan Cameron Highlands melalui Op Gading pada tahun 2017 telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat operasi.
Astro Awani
Thu Jan 11 2018
SIVARRAAJH: Semua inisiatif yang diperkenalkan MIC dan BN terbukti mula memberi impak yang sungguh positif daripada masyarakat India. - Gambar fail
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).