POLITIK
"Mana datang budaya ‘boo’ dalam Amanah?" - Khalid Samad
Khalid menegur beberapa perwakilan dalam Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara hari ini sambil menekankan kepentingan berahklak mulia ketika berhujah dan berucap. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad kecewa dengan 'budaya boo' dalam kalangan perwakilan parti semasa perwakilan sedang menyampaikan ucapan perbahasan mereka.
Khalid menegur beberapa perwakilan dalam Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara hari ini sambil menekankan kepentingan berakhlak mulia ketika berhujah dan berucap.
“Wakil pemuda baru sahaja masuk tiba-tiba hampa ‘boo’ dia siapa yang ajar, budaya mana? Kalau sangkaan buruk itu tak betul kita cakap (jadi) fitnah.
“Jadi biarlah bila kita bercakap, kita ini berakhlak mulia walau di medan juang, dalam konvensyen kita tunjuk akhlak yang mulia,” katanya semasa berucap di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor hari ini.
Beliau merujuk keadaan pagi tadi, susulan tiga perwakilan bangkit mendesak agar usul mengenai pemilihan parti dibahaskan segera.
Keadaan menjadi tegang apabila Perwakilan Amanah Jerlun, Zaisham Shah Bhari telah ditarik keluar oleh beberapa sukarelawan parti daripada dewan.
Khalid yang juga bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menjelaskan bahawa setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pemilihan pimpinan parti 2026.
“Tiada mesyuarat lagi untuk bincang kerana apa? kerana kita tak tahu pilihan raya bila, jadi mengikut perlembagaan (parti) memang pimpinan ada kuasa untuk menentukan kalau nak tunda jadi kita lihat tahun hadapan,” katanya lagi.
Beliau menambah, usul untuk membahaskan pemilihan parti ditolak kerana tidak relevan memandangkan tiada keputusan yang telah dibuat.
“Tiada orang buat keputusan nak tangguh, tiada orang buat keputusan nak teruskan, belum lagi,” jelas Khalid.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Naib Presiden Amanah, Datuk Mohd Hatta Ramli, menjelaskan bahawa usul berhubung pemilihan parti tidak akan dibahaskan dalam konvensyen kali ini.
Beliau menegaskan bahawa perkara itu dianggap terlalu awal serta tidak selaras dengan perlembagaan parti, yang melarang sebarang keputusan dibuat sebelum waktunya.
Khalid turut menekankan agar para pewakilan berhujah dalam konvensyen berasaskan fakta, bukan niat atau kepentingan peribadi seseorang.
“Mana kamu tahu niat orang ‘ini nak buat pindaan kerana kepentingan diri’ siapa yang ajar hujah yang macam? itu hujah yang tiada kelas,” katanya lagi.