#ManifestokuBahIni: Ini suara urang Sabah untuk PRN Sabah kali ini..

Afiq Ariffin
September 16, 2020 04:10 MYT
Menurut tinjauan, ada pihak yang berpendapat bahawa bakal pemimpin perlu rajin turun padang untuk mengtahui isu sebenar dalam kalangan rakyat. -Foto Astro AWANI
GENDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah berbunyi, semestinya pelbagai manifesto akan dibentangkan calon yang bertanding untuk menangi hati rakyat.
Namun, apakah perspektif dan perkara yang rakyat Sabah betul-betul mahukan?
Sempena PRN Sabah kali ini, Astro AWANI mendapatkan suara urang (orang) Sabah berhubung perkara yang mereka mahukan daripada bakal pemimpin Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat negeri itu.
Menurut tinjauan, ada pihak yang berpendapat bahawa bakal pemimpin perlu rajin turun padang untuk mengetahui isu sebenar dalam kalangan rakyat.

Sy berharap ADUN² baru akan rajin turun padang utk kenali rakyat di kawasan sendiri & bantu mengubah nasib dorang, & bukannya syok² makan minum di hotel 5 bintang di KK sementara rakyat biasa mengalami pelbagai kesusahan khasnya di luar bandar. #ManifestokuBahIni

— Adam (@personanullius) September 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, ada segelintir rakyat Sabah yang meinginkan serta menekankan isu bantuan terhadap golongan belia Sabah, kerana mereka berpendapat bahawa belia adalah tonggak negara.
“Belia tonggak negara. Belia yang berminat untuk memulakan perniagaan, pertanian, industri dan semua bidang ekonomi seharusnya diberikan bantuan atau alternatif untuk dibantu bagi merealisasikan impian golongan muda.
“Kerana kuatnya ekonomi oleh belia maka kuatlah juga ekonomi negara. Kerana apa ia bukan sahaja mampu membantu belia namun mampu memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua golongan masyarakat. #manifestoKuBahIni ,” kata Aiden Leaze Lzjoe di ruangan komen Facebook.
Malah, ada juga yang menyatakan bahawa isu pendatang asing tanpa izin (PATI), isu pendidikan serta sektor pelancongan di Sabah perlu diperkasakan agar dapat melahirkan generasi berpendidikan serta peluang dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat Sabah.
“Bersihkan PATI, perkasakan bidang pendidikan bagi melahirkan generasi berpendidikan tinggi, mewujudkan lebih banyak sektor pelancongan agar membuka peluang pekerjaan untuk warga sabah. #ManifestoKuBahIni,” tulis Siti Halwa Mohamad di laman Facebook.
Bukan itu sahaja, ada rakyat yang berpendapat bahawa pemilihan calon pemimpin juga perlulah sesuai supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan yang diwakilinya.
“Saya sebagai rakyat Sabah.. sudah pasti mahukan calon yg sesuai..saya tidak tengok berapa lama dia dalam kerajaan ka dalam politik ka dan sebagainya..itu saya tidak tengok...yang saya cari adalah calon jangan tipu, jangan bohong dan harus jujur kepada rakyat dan kerajaan..supaya dapat menyelesaikan masalah-masalah di mana tempat beliau diberikan kepercayaan selapas PRN..bukan saja menyelesaikan masalah-masalah tetapi sentiasa membantu rakyat..ini yg kita mahu sebenarnya. ,” kata Tongwaang Tongwaang di Facebook.
Berikut antara luahan lain yang turut menjadi perhatian rakyat sabah..

Kasi senang sikit orang-orang tinggal pedalaman, Jalan raya, Lampu jalan raya semua Jangan kasi biar-biar nasib orang

— md. (@mdfamd) September 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro #Astro Awani #Belia #calon #ekonomi #Facebook #kerajaan #Manifesto #manifesto sabah #ManifestokuBahIni #pati #pelancongan #pemilihan #pendidikan #pilihan raya #politik #PRN Sabah #rakyat #sektor pelancongan #Twitter