POLITICS
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dipenjarakan dalam sejarah.
- Saifuddin menjelaskan bahawa ramai pemimpin yang kini berada di pihak kerajaan pernah ditangkap semasa reformasi dahulu, tetapi bukan Abdul Hadi.
- Saifuddin juga menyatakan bahawa alasan untuk berundur dalam demonstrasi kerana polis adalah lemah, mengingat sejarah Pas yang pernah bertempur dengan polis.
“Dari segi sejarah, Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara, tak pernah. Ada ke? Berapa minit masuk penjara?”
Syahir Sulaiman (PN - Bachok): “Masuk lokap.”
Saifuddin Nasution: “Masuk lokap. Masuk lokaplah. Barisan kami ni masuk lokap biasalah, dah biasa dah. Bachok pernah masuk lokap?”
Syahir: “Saya kat belakang masa itu.”
Saifuddin Nasution: “Yang dulu kalau kerap masuk lokap, Yang Berhormat Kota Raja (Datuk Seri Mohamad Sabu) sebenarnya. Kita fahamlah yang itu.
“Jangan jadi alasan itu, bertempur dengan polis dan berundur. Dalam sejarah Pas, polis pun ada yang mati dibunuh, ada.
“Jadi takkanlah bila bertempur dengan polis dalam demonstrasi, berundur kerana polis. Itu alasan yang lemah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulungkan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan di peringkat Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami