awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2024
23:45 MYT
Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Abdul Azim (tengah) pada Pengumuman Keputusan Pemilihan Srikandi dan Srikandi Muda di ibu pejabat Bersatu semalam. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah sah Ketua Srikandi Malaysia bagi penggal 2024-2027 selepas menang tanpa bertanding.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan Srikandi dan Srikandi Muda di ibu pejabat Bersatu semalam.
Pada majlis sama, Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.
Abdul Azim berkata, sejumlah 181 Srikandi dan Srikandi Muda Bahagian telah berjaya menjalankan persidangan masing-masing pada Sabtu lalu dan telah dihadiri sejumlah 6,852 perwakilan.
Beliau berkata, tugas JPP Pusat bukan hanya sekadar memuktamadkan penjumlahan undi yang diterima oleh calon-calon, tetapi perlu memastikan tatacara dan peraturan pemilihan telah dipatuhi.
"JPP juga perlu memastikan prosedur pengundian dan pengiraan undi telah dijalankan dengan tertib dan teratur dalam Persidangan Srikandi dan Srikandi Muda Bahagian yang telah berlangsung di seluruh negara.
"JPP telah meneliti aduan dan bantahan yang diterima berkaitan pemilihan yang telah berlangsung dan telah membuat keputusan yang sewajarnya mengikut bidang kuasa yang dimiliki oleh JPP," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati Samsudin
#Pemilihan Bersatu
#Ketua Srikandi Malaysia
#Abdul Azim Mohd Zabidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan