SHAH ALAM: Masih ada masa untuk Pas dan UMNO mengadakan rundingan untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.
Beliau berkata, ia berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor dalam masa beberapa hari lagi iaitu pada 9 Februari depan.
“Soal mengenai kerjasama parti itu kita sedang dalam rundingan. Masih ada masa lagi sebab SPR pun akan bermesyuarat pada 9 Februari.
“Tarikh penamaan calon pun belum ada lagi,” katanya dalam Dialog Tiga Penjuru bertajuk ‘PRN Johor: Dulu, Kini dan Apa Pula Selepas Ini?’ terbitan Astro Awani pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kerjasama Pas dan UMNO pada PRN Johor.
Dialog tersebut turut menampilkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat.
Ditanya mengenai strategi Pas memikat hati pengundi, Abdullah berkata, pihaknya telah mengarahkan semua ahli Pas supaya bekerjasama di setiap kawasan.
“Kita anggarkan jentera kita pada kali ini lebih kurang 13,000. Kalau campur dengan jentera luar (ahli Pas dari negeri lain) mungkin lebih daripada 15,000.
“Jadi ini memang kita sudah berikan satu arahan kepada kesemua kawasan Parlimen dan dalam masa terdekat ini, kita juga akan membuat satu perhimpunan untuk memastikan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Di samping itu, kita juga akan menggunakan platform media sosial sebagai alternatif tambahan untuk mendorong lebih ramai lagi rakyat Johor keluar mengundi,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022

Abdullah (kiri) merupakan salah seorang ahli panel Dialog Tiga Penjuru bertajuk 'PRN Johor: Dulu, Kini dan Apa Pula Selepas Ini?' yang diterbitkan Astro AWANI pada Khamis

Jom Tengok Bola | Uniti bersama Harimau Malaya
Kementerian Perpaduan Negara & Astro AWANI Menganjurkan Jom Tengok Bola Uniti Bersama Harimau Muda di Restoran Hakim (Baru) Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam

COVID-19 | Arahan kuarantin kepada ribuan rakyat Korea Utara
Korea Utara mengeluarkan arahan kuarantin kepada ribuan pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 sambil menggesa mereka yang mengalami gejala ringan untuk minum minuman herba. Sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19, perjalanan di antara wilayah telah diharamkan dan ratusan ribu pekerja telah diarah untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Sukan SEA Hanoi | Skuad gimrama negara pertahankan pingat emas
Beberapa lagi pingat emas disumbangkan kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi termasuklah skuad gimrama negara. Ia sekali gus meletakkan sasaran 36 emas pada temasya kali ini semakin hampir direalisasikan. Untuk perincian lanjut, terus bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis di Hanoi.

COVID-19 | Kes tidak naik mendadak, Khairy ucap tahniah
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik.

Perang Rusia-Ukraine | Cetus krisis makanan dunia
Perang di Ukraine mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Itu kata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken, bahawa Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum di dunia. Peperangan antara kedua-dua negara itu menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara miskin.

Ringgit Jatuh | Cecah RM4.40 kepada dolar AS pertama kali sejak 2020
Ringgit cecah paras RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak permulaan pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Dalam pembukaan dagangan pagi tadi, mata wang tempatan didagang pada paras 4.404 berbanding dolar.

Buli, Gangguan Seksual | Radzi umum 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Integriti | RUU Sumbangan Politik secara dasarnya dipersetujui
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) secara dasarnya bersetuju dengan cadangan pelaksanaan dasar penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Jakim giat jejak 'The Hood Man' isu penyembelihan di Australia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehingga kini pihaknya belum dapat menghubungi lelaki berkenaan.

Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Peratusan keluar mengundi pemilih muda tidak seperti yang diharap
Kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.

PRN Johor: "Parti yang menang terlibat jenayah, Pejuang kalah sebab fokus isu rasuah" - Tun M
Pejuang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan berdepan dengan PRN Johor, kata Dr Mahathir.