POLITIK
Mat Sabu baca tanda pilihan raya pada senyum Perdana Menteri
“Tidak mustahil PRU-16 dan PRN akan diadakan serentak pada tahun hadapan," ramal Mohamad Sabu. - Gambar Astro AWANI
SHAH ALAM: Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu meramalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka akan berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Utama (PRU) ke-16 pada 2026.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berpendapat, ramalan itu berdasarkan prestasi Kerajaan Perpaduan yang memenangi beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.
Dalam masa sama, kata beliau, pelaksanaan pilihan raya adalah berdasarkan hak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak mustahil PRU-16 dan PRN akan diadakan serentak pada tahun hadapan, itu kita ramal sajalah. Ini hak Perdana Menteri saya tengok muka dia, Kalau dia senyum tu, mulut dia herot sikit belah kanan, pilihan raya dekat.
“Kalau mulut dia sedikit sebelah kiri, lama nampak jauh lagi. Itu saya punya bacaanlah tak tahu betul atau tidak,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen 2025 Parti Amanah Negara, di sini, hari ini.
Beberapa siri PRK sebelum ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Ayer Kuning, Mahkota dan Nenggiri menyaksikan kemenangan berpihak kepada gabungan parti politik kerajaan.
Mohamad turut menyeru ahli Amanah siap sedia dalam mod panjang pilihan raya bermula pada PRN Sabah yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
“Saya menyeru semua jentera…bangkit semula ke medan rakyat, dekati masyarakat, bantu orang susah, jadi suara yang menenangkan, bukan yang menakutkan,” katanya.
Pada masa sama, Mohamad mengakui rundingan pembahagian kerusi dalam Kerajaan Perpaduan sukar, namun optimis pilihan raya akan datang akan menyaksikan kerjasama komponen Kerajaan Perpaduan.
“Kita tahu bila kita berada dalam komponen Kerajaan Perpaduan, bila menjelang pilihan raya, di
antara yang paling sukar ialah perundingan kerusi.
“Tapi, sukar macam mana pun, dia akan sampai ke penghujung dan bila semua parti politik boleh terima kita akan menghadapi pilihan raya akan datang bersama dengan kerajaan perpaduan ini,” katanya lagi.