POLITIK
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata MCA selaku pengasas bersama Barisan Nasional mempunyai semangat perikatan yang kuat serta sukar digoyahkan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: MCA akan kekal utuh sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak timbul konflik pergeseran kepentingan tertentu.
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata MCA selaku pengasas bersama BN mempunyai semangat perikatan yang kuat serta sukar digoyahkan.
"Tidak wujud pun soal ini (meninggalkan BN)," ujar Ka Siong ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2025, di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Sementara itu, mengulas agenda Rumah Bangsa dan Musyawarah Nasional yang disuarakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam PAU 2025, beliau berharap ia dapat membawa hasil dihasratkan.
"Jadi saya rasa ia sebuah 'rumah', bukan hanya mencari keyakinan semula, dalam masa yang sama untuk mendapatkan sokongan balik.
"Ini adalah satu rumah bangsa yang sepatutnya dijadikan wadah perjuangan, untuk memperkukuh parti dan menarik mereka yang sudah keluar untuk kembali menyumbang bersama.
"Itu antara perkara yang kami sedia melihat dan saya berharap ia akan membawa hasil," jelas Ka Siong.
Tambah beliau, cadangan Musyawarah Nasional yang dikemukakan Ahmad Zahid turut mendapat sambutan baik MCA.
"Bagi saya, kalau dalam komuniti Melayu atau Islam, mereka boleh berbincang apa sahaja termasuk agenda, tiada isu. Kita (MCA) juga bersedia berbincang.
"Namun dalam konteks Barisan Nasional yang lebih besar, kita perlu melihat daripada sudut kepelbagaian dan realiti iaitu masyarakat majmuk," ujarnya.