Menanti 'sentuhan drastik' Tok Mat - Azalina

Harits Asyraf Hasnan
Disember 19, 2018 07:27 MYT
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menantikan sentuhan drastik Datuk Seri Mohamad Hassan bagi menenangkan kembali ketidak tentuan yang berlaku di dalam parti itu. - Foto BERNAMA
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menantikan sentuhan drastik Datuk Seri Mohamad Hassan bagi menenangkan kembali ketidak tentuan yang berlaku di dalam parti itu.
Mengulas keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas kepada Mohamad, Ketua Biro Undang-Undang UMNO itu mahu Mohamad bertindak segera bagi meredakan kemelut yang melanda parti itu.
"Saya percaya seluruh ahli-ahli UMNO menantikan sentuhan drastik dari Datuk Seri Mohamad Hassan bagi menenangkan kembali ketidak tentuan yang berlaku di dalam parti ini.
"Justeru diharap beliau mampu untuk bertindak segera bagi meredakan kemelut yang melanda sekaligus menggariskan hala tuju yang jelas kepada seluruh kepimpinan parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, keputusan Ahmad Zahid itu perlu disambut baik oleh semua ahli-ahli UMNO sebagai langkah yang tepat dan berani.
"Saya percaya bukan mudah untuk beliau membuat keputusan tersebut namun beliau telah menunjukkan kematangan dalam politik dan bersikap profesional," katanya.
#Azalina Othman Said #majlis tertinggi #Mohamad Hasan #politik #UMNO #undang-undang #Zahid Hamidi #Zahid Hamidi serah tugas