POLITIK
Merayakan demokrasi: Parlimen masih perlu jadi medan utama selesai masalah - Pakar Perlembagaan
Proses demokrasi seperti usul undi tidak percaya harus menjadi jalan utama untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran semasa. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Parlimen harus dilihat sebagai medan utama dalam menyelesaikan perbezaan pandangan.
Ringkasan AI
Menurut Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, proses demokrasi yang sah seperti usul undi tidak percaya harus menjadi jalan utama untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran semasa.
Beliau menyeru agar sebarang bentuk demonstrasi di luar kerangka Parlimen dilakukan secara beretika dan menghindari tema sensitif.
“Sepatutnya medan utama digunakan adalah di Parlimen. Jika sekalipun kita nak gunakan medan lain di luar Parlimen, lebih baiklah kita gunakan tema yang lebih bersifat berperlembagaan,” ujarnya kepada Astro AWANI hari ini.
Biarpun mengakui Himpunan Turun Anwar yang berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal memperlihatkan kematangan penganjur dan peserta, namun beliau berpendapat tema perhimpunan pada masa hadapan perlu diteliti agar tidak menimbulkan sensitiviti yang boleh membawa salah faham dan menjejaskan keharmonian awam.
“Saya rasa pada masa hadapan, tema bagi suatu perhimpunan juga perlulah dibuat agar tidak terlalu sensitif. Kerana manusia yang bernama Anwar Ibrahim itu adalah Perdana Menteri,” katanya.
Mengulas mengenai keberkesanan perhimpunan sebagai medium menyampaikan suara rakyat, beliau mengakui ia mampu menarik perhatian umum, namun komunikasi dua hala dianggap sebagai aspek paling penting dalam menjamin kefahaman yang seimbang.
“Ada bagusnya jika ada dua pihak yang bersuara. Kebebasan bersuara untuk menyatakan sesuatu dan di pihak satu lagi pula diberi peluang untuk menjawab. Bukan sahaja melalui Parlimen, tetapi diberi satu ruang khas untuk melakukan perbincangan yang lebih sihat dan terkawal,” katanya lagi.
Rakyat, tambahnya, harus diberikan ruang untuk memahami isu semasa secara menyeluruh, dengan mendengar pandangan dari kedua-dua belah pihak secara terbuka dan bertanggungjawab.
Ringkasan AI
- Parlimen sebagai saluran utama demokrasi: Perbezaan pandangan harus diselesaikan melalui Parlimen, termasuk usul undi tidak percaya sebagai mekanisme sah.
- Demonstrasi perlu beretika dan tidak sensitif: Perhimpunan awam wajar dielakkan daripada tema yang menyentuh individu atau isu sensitif demi keharmonian.
- Dialog dua hala penting untuk kefahaman rakyat: Komunikasi terbuka antara pihak berbeza digalakkan agar rakyat dapat memahami isu secara menyeluruh dan bertanggungjawab.
Menurut Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, proses demokrasi yang sah seperti usul undi tidak percaya harus menjadi jalan utama untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran semasa.
Beliau menyeru agar sebarang bentuk demonstrasi di luar kerangka Parlimen dilakukan secara beretika dan menghindari tema sensitif.
“Sepatutnya medan utama digunakan adalah di Parlimen. Jika sekalipun kita nak gunakan medan lain di luar Parlimen, lebih baiklah kita gunakan tema yang lebih bersifat berperlembagaan,” ujarnya kepada Astro AWANI hari ini.
Biarpun mengakui Himpunan Turun Anwar yang berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal memperlihatkan kematangan penganjur dan peserta, namun beliau berpendapat tema perhimpunan pada masa hadapan perlu diteliti agar tidak menimbulkan sensitiviti yang boleh membawa salah faham dan menjejaskan keharmonian awam.
“Saya rasa pada masa hadapan, tema bagi suatu perhimpunan juga perlulah dibuat agar tidak terlalu sensitif. Kerana manusia yang bernama Anwar Ibrahim itu adalah Perdana Menteri,” katanya.
Mengulas mengenai keberkesanan perhimpunan sebagai medium menyampaikan suara rakyat, beliau mengakui ia mampu menarik perhatian umum, namun komunikasi dua hala dianggap sebagai aspek paling penting dalam menjamin kefahaman yang seimbang.
“Ada bagusnya jika ada dua pihak yang bersuara. Kebebasan bersuara untuk menyatakan sesuatu dan di pihak satu lagi pula diberi peluang untuk menjawab. Bukan sahaja melalui Parlimen, tetapi diberi satu ruang khas untuk melakukan perbincangan yang lebih sihat dan terkawal,” katanya lagi.
Rakyat, tambahnya, harus diberikan ruang untuk memahami isu semasa secara menyeluruh, dengan mendengar pandangan dari kedua-dua belah pihak secara terbuka dan bertanggungjawab.

#Anwar Ibrahim
#undi tidak percaya
#Parlimen
#kebebasan bersuara
#Himpunan Turun Anwar
#Merayakan Demokrasi